Tamatlah cuti seminggu

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi..

Dah cukup seminggu berada di kampung.... Alhamdulillah... sangat gembira berhari raya bersama sanak saudara di kampung.. jiran yang dari KL pon sempat datang beraya di Penang...Semoga Syawal yang tiba membawa keberkatan..

Raya pertama.. Bangun pagi dan mandi sunat hari raya...berwuduk dan terus ke masjid untuk Solat sunat Aidilfitri bersama abah,mak dan adik..Selesai solat,bersalam-salaman dengan tok,mak,abah adik serta bapa saudara sekeluarga..Selesai sesi salam-salam,acara yang paing best,makan ketupat dan lemang bersama rendang dan kuah kacang yang mak buat...memang superb...elesai makan..masak untuk makan petang nanti pulak.. resepi mak ialah ayam masak merah... yum yum...dan bersantai dirumah sambil menungu saudara mara serta rakan datang beraya..


Raya kedua... Bangun awal dan paking kuih untuk di bawa pulang ke kampung...bertolak dari rumah dalam 11.30 pagi..terus ke kubur arwah tok wan..Lepas tue pergi beraya rumah emak saudara di kampung...


Raya Ketiga... Hari nie kami buat rumah terbuka..Menu utama adalah laksa... memang lazat.. yang tak makan pon boleh termakan sebab mak buat laksa pakai laksa yang kecik tue.. memang sedap la.. tapi orang yang request laksa tue yang tak mai... hehehe rugi la kan.. di samping tue ada sate,bihun goreng bagi yang tak makan laksa,agar-agar serta kuih raya... 10 bungkus laksa setel dalam 1 hari..terima kasih buat semua tetamu yang datang terutamanya my BFF n family..malam tue sempat pergi beraya ke rumah Razia...

Raya Keempat..  Tour bersama my BFF Buzu n Hubby,Hamzah,Fadli,Fidos g umah Shahida.. wooo spegethi yang sangat lazat sampai menjadi kekaguman encik Fidos.. hehehe
boleh la mintak resepi kan...Lepas tue kami sekeluarga ke rumah Paksu di Kepala Batas..menu utama nasi daging serta soto yang di masak sendiri oleh tuan umah... siap tapau air asam lagie...

Raya Kelima... Tour beraya bersama Geng Bas Sekolah iaitu Adina Deen n mummy,Intan MGM,Muliati,Munirah,Fatimah dan Iryana. 1st Intan datang ke rumah Mak Chaq kat Bayan Baru..pekena nasi minyak dulu sebab ada buat kenduri kesyukuran serta tahlil..lepastu terus ke rumah Intan di Teluk Kumbar.Jumpa Adina serta ibunya disana.Sementara menunggu intan tukar baju,kami merasa kuih serta ketupat yang mak Intan buat.. Katanya raya nie tempahan hampir 800 biji...sure sedap kan.. Lepas tue terus ke rumah Munirah di Pulau Betong,Balik Pulau.Kat sini makan kami Nasi Dagang hasil tangan kakak iparnya..wooo siap ada yang menambah lagi..sedap sangat.. Intan pulak makan mee udang.. rumah ketiga rumah Fatimah di Kongsi,Balik Pulau.. Fatimah jamu kami makan laksa..Tq dear.. sembang-sembang sambil main-main dengan anaknya. Rumah keempat pulak,rumah Iryana di Telok Bahang..Iryana jamu kuih raya serta kek yang dia buat sendiri.. Sangat sedap..siap kongsi resepi lagi..Rumah seterusnya rumah Syafikah dan Kak Suri,jiran aku masa dia menyewa kat KL.. kami dijamu laksa lagi,tapi laksa nie rasanya sangat smooth bila masuk lam mulut dan terus telan...tak rasa berat macam laksa yg biasa makan.. memang berbeza.Pada mulanya semua tak nak,tapi bila dah ada depan mata,makan jugak la..tau-tau sedap pulak.. hehehe tak dan orang tu nak menambah sebab kami pon tak duduk lama,dah maghrib time tue.. siap ada jeruk mempelam pulak tu.. memang kegemaran aku la.. hehe TQ kak suri.. Selepas tue kami singgah balik rumah Iryana,tumpang solat.. then baru balik rumah... wah... panjangnya citer kan...

Raya Keenam...Aku dah sampai KL..bertolak dari Penang jam 8.30 pagi.Abah tak bagi balik lewat sebab bimbang jalan jemmed.. jadi aku pon ambil tiket awal.. Alhamdulillah tengahri tue dah sampai.. jalan tak sesak tapi banyak kereta..Syukur...Now.. keja malam..bawak bekal kuih raya yang balance makan dalam bas tadi..

Begitulah ceritanya seminggu bercuti...Alhamdulillah...Syukur...
tudung by thehijabidoll

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Kembali..

7.2.2013

Sampai Hujung Nyawa..