Syawal bakal menjelma...

Assalammualaikum wbt dan selamat malam...

Alhamdulillah baru je balik solat terawih di Masjid Al-Huda Sungai Ara..Imam malam nie membaca ayat-ayat Al-Quran sangat bagus seakan-akan terasa suara imam di Mekah... Terasa benar mahu ke sana... insyallah suatu hari nanti.. Lepas solat terawih 8 rakaat dan witir 2 rakaat,ada kenduri sempena nuzul quran.. ramainya orang beratur..air pon cepat habis.. aku dan mak terus pulang memandangan kami masih kekenyangan...

Petang tadi baru je sampai dari KL.. sengaja ambil bus awal sebab nak pergi terawih.. Sebelum habis kerja malam,aku bersalam-salaman bersama rakan sekerja.. semua terkejut sebab aku lah orang yang pertama memulakan cuti raya...yang lain esok baru mula.. Ampun maaf dipinta tanda memohon khilaf andai ada salah dan silap sepanjang bekerja bersama-sama.. agak sayu jugak... cepat-cepat aku bersalam-salaman dan terus jer angkat bag balik....Semoga rakan yang bekerja tiada apa-apa masalah sepanjang yang lain bercuti...

Esok insyallah mula buat kuih raya di rumah... Almond london menjadi pilihan.. Hari sabtu nak buat brownies pulak....Semoga semuanya berjalan lancar... Terasa aura syawal sedang menguasai....

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Kembali..

7.2.2013

Sampai Hujung Nyawa..