Mari menghayati...

 Mohon share dari Melur Jelita..

Kita cuma manusia biasa…

Mungkin kita pernah lalui situasi di mana … Kawan, teman atau sahabat kita sangat baik, alim, pelajaran tinggi… dan kita percaya dengannya. Itulah peribadi kawan, teman atau sahabat kita tu. Tidak di sangka-sangka..

 
 kawan teman atau sahabat kita itu telah membuat satu kesilapan… Kita pun berkata: “Apa la, selama ini ingat baik sangat” Kemudian kekecewaan kita itu meleret-leret sehingga menghentam sekolahnya, pelajarannya, agama yang dia anuti dan sahsiahnya yang baik selama ini. Hakikatnya kita telah terlupa, bahawa kita sedang berurusan dengan manusia. Kawan teman dan sahabat kita itu juga manusia. Manusia, bukan malaikat.

Sepanjang kita hidup, kita tidak akan bertemu manusia seperti malaikat. Tidak akan. Ianya mustahil. Kita berjumpa ramai orang baik dalam kehidupan tetapi, sebaik-baik mana pun manusia kita jumpa, pasti ada kekurangannya. Jika kita mahu, kita boleh canang-canangkan keburukannya, kelemahannya. Tetapi kita kena sentiasa mengingatkan diri. Dia adalah manusia. Pasti ada sisi kekurangannya. Kita yang inigin menilainya juga ada kekurangan.

Manusia bukan malaikat yang keimanannya mendatar. Manusia juga bukan malaikat yang tidak pernah membuat kesilapan. Manusia bukan malaikat yang 100% taat dan patuh pada segala larang perintah Allah. Manusia adalah manusia. Ada masanya di atas, ada masa di bawah. Sehebat mana pun manusia, akan ada sisi kekurangannya. Tinggal kekurangannya itu kecil atau besar sahaja. Sebaik mana pun manusia, akan ada silapnya. Tinggal kesilapan itu memberi kesan yang teruk atau tidak sahaja.

Tetapi akal kita sukar untuk rasional. Sebab kita lupa, kita berurusan dengan manusia. Manusia, bukan robot. Yang cantiknya pada manusia, tiada manusia yang serupa 100%. Kalau muka seiras sekalipun, pasti ada kelainan dari segi akhlak, kehidupan peribadi, gaya tutur dan sebagainya. Manusia bukan seperti robot, dicipta di satu kilang yang sama, diprogram dengan program yang sama dan bergerak dengan pergerakan yang sama. Manusia adalah makhluk bebas, diberikan ikhtiar, peribadinya terikat dengan persekitaran tumbesaran.

Sebab itu, Allah mengarahkan kita untuk berkenalan dan mendalami insan yang lain. Justeru kita tidak boleh mengharapkan 100% daripada manusia. Kita perlu menerima sisi kekurangannya. Kita perlu bersedia seandainya kawan teman dan sahabat kita melakukan kesilapan. Kita perlu melapangkan jiwa kita, apabila kawan teman dan sahabat melakukan kesalahan.

Sebab kita berhubungan dengan manusia. Manusia mana yang boleh dikatakan sempurna selain Rasulullah SAW? Tiada. Nanti ada waktu, kita pula akn jatuh. Perlu diingat, bahawa kita juga manusia. Tiada manusia yang akan sentiasa berada di atas sepanjang kehidupannya. Akan ada juga sesi kejatuhan demi kejatuhan. Tinggal kejatuhan itu besar atau tidak sahaja.

Namun, setiap kejatuhan itu, kita memerlukan teman yang memahami, yang mendalami keadaan kita yang sedang kejatuhan. Sebab itu, apabila ada sahabat kita, kenalan kita, melakukan kesilapan, kesalahan, maka jangan terus disisihkan. Berikan peluang, tegur dengan tenang. Didik, pupuk, berusaha untuk terus menjaga hubungan dan saling lengkap melengkapi.

Hari ini, kita berusaha memahaminya. InsyaAllah, ada hari, apabila kita memerlukan manusia memahami kita, Allah akan hantar pula seseorang untuk memahami kita. Lapangkan dadamu kepada manusia, kerana Dia juga melapangkan rahmat-Nya untuk mereka. Berikan peluang, luaskan medan maaf. Jangan pantas melenting. Jangan merajuk, dan jangan bersedih. Kita sedang berurusan dengan manusia. Perlukan toleransi, tolak ansur dan berlapang dada. Jangan kerana silapnya yang beberapa, kita sisihkannya seakan dia ahli neraka.

Lihatlah Allah Yang Maha Penyayang itu. Bagaimana Dia berursan dengan manusia. Tidakkah anda lihat banyak kelapangan, kelonggaran yang Allah berikan untuk insan?
Contoh paling baik adalah, Allah mengutuskan Rasul itu dari kalangan manusia. Allah tidak menjadikan Jibril sebagai rasul kepada manusia. Hal ini kerana, Allah faham betapa manusia ini perlu pendidikan secara praktikal. Bagaimana mungkin manusia boleh mencontohi malaikat yang apabila Allah kata sekian, tanpa cepat sesaat, lewat sesaat, arahan itu akan dilaksanakan dengan penuh taat? Kita juga melihat, Allah menyediakan keampunan yang sangat luas untuk insan. Kenapa? Kerana Allah tahu betapa manusia ini banyak silapnya.

Itu kelapangan Allah, empunya segala apa yang wujud di dunia. Maka, di mana hak kita untuk membenci manusia yang berbuat kesilapan? Di mana hak kita untuk mencaci pula sekolahnya, agamanya, peribadinya yang baik sebelum kesilapannya itu? Ya, kita benci kesilapannya, kesalahannya, keingkarannya. Tetapi kita tidak sesekali benci pada dia. Malah kita berhajat memahaminya, membimbingnya.

Sebab dia adalah manusia, seperti kita.

Semoga kita saling memahami, saling mendalami. Pecahkan tembok keegganan, buka seluas-luasnya tawaran kemaafan..

Dengan kasih sayang Allah tiada yang mustahil...

Comments

Aujinz said…
Herm herm hermm... betei betei betei... kita semua manusia... huhuhu
!eNa PnG said…
Ojin....

betei betei betei ker...?
Memang betoi pon..:)

Popular posts from this blog

7.2.2013

Selamat Kembali..

Sampai Hujung Nyawa..