..Gedebukkkkk....







Petang tadi,semasa aku dalam perjalanan hendak ke Plaza Idaman,Jalan Genting Klang, kereta depan aku tetiba brek mengejut sebab nak masuk simpang sebelah kiri... Ya Allah, aku juga terus brek mengejut dan menyebabkan motosikal aku hilang kawalan... suara brek mengejut membuatkan aku ngeri ditambah pula dengan keadaan jalan yang agak licin...


"Gedebukkkkk" aku rebah ke atas tar terbalik bersama motosikal ku...beratnya...


cemas aku dibuatnya.. sedikit minyak tertumpah ke atas jalan.. Aku gagahkan diri untuk bangun menolak motosikal ke tepi jalan,Syukur kereta di belakang aku berhenti memberi ruang untuk aku ke tepi...Syukur tiada luka parah yang aku alami cuma luka terjatuh di bahagian lutut serta lebam-lebam... Masyallah.. sungguh tidak ku sangka seawal Ramadhan ini aku telah di uji.. Namu aku redha,setiap ujian ini pasti ada hikmahnya.. Aku meneruskan jua perjalanan ke Plaza Idaman untuk berjumpa rakan ku.. Walau pedih sedikit luka di lutut, sengal bahagian kaki amat terasa.. aku cuba menafikan rasa sakit itu..Slamber jer jalan..



Sampai ja di rumah makcik aku,aku memberitahu dia.. dia sedikit terkejut.. melihatkan aku balik dengan selamat..kuranglah risaunya... Aku terus masuk bilik membelek-belek luka ku.. cepat2 aku membersihkan walaupun hanya kesan luka kecil dan lebam-lebam sahaja.. sengal-sengal amat terasa.. aku membaringkan diri sebentar..rosak plan aku nak ku bazar serta solat teraweh..tak pa,aku bersolat di rumah sahaja...


Motosikalku hanya calar balar sahaja kesan terseret di jalan..pedal kaki juga bengkok...:( luka-luka kecil di tangan mula terasa... Krim antibiotik serta minyak gamat sudah aku sapukan.. menanti lebam berkurangan...


Syukur pada Ilahi kerana memelihara aku dari kemalangan yang bakal teruk jika aku melanggar benda yang tak sepatutnya.. Aku mohon kau ampunkan dosa-dosaku yang kecil sebesar zarah mahupun yang sebesar-besarnya... Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun...Amin...

Comments

Iryana said…
alahai..cian nye kamu..kamu ok ker?
!eNa PnG said…
yana..


itulah... hati-hati pon susah,tak hati-hati lagi susah.. alhamdulillah so far ok la.. sengal2 tue memang ada la..

Popular posts from this blog

Selamat Kembali..

7.2.2013

Sampai Hujung Nyawa..