Posts

Showing posts from October, 2010

cAbarAn

Image
Makin hari makin aku di ganggu emosi yang tak berapa bagus. Tekanan makin meningkat nampaknya. Aku hanya mampu meredah apa sahaja yang telah tersurat untuk aku. Mungkin ini telah menyedarkan aku tentang kealpaan aku selama ini. Semuanya berlaku dalam sekelip mata.. Biar pun bukan salah aku, tapi tempiasnya tetap terasa jua. Apakan daya,aku hanya manusia biasa yang tak lari dari kealpaan. Ini jua aku jadikan sebagai pengajaran. Perjuangan serta perjalanan hidup ini mesti diteruskan. Anda jua pastu begitukan bila ada masalah....? Aku kini hanya mampu meningkatkan semangat diri serta menampah pengetahuan yang sewajarnya. Aku berdoa agar aku diberi kekuatan oleh Yang Maha Esa.

NesCafe + nuGGet

Image
Pagi ini aku terjaga dari tidur yang lena. Akibat kepenatan kenduri semalam,aku tidur tak sedarkan diri. Mana tak nya.. panggilan hanyalah pada saudara-mara, orang kampung serta rakan mak dan abah.. Itu pun sudah macam sebuah kenduri kahwin.. Siap dengan khemah berhiasan unggu sudah menunjukkan betapa ramainya tetamu yang datang. Terima Kasih daun keladi di ucapkan.. Selepas mandi dan solat,aku bersiap-siap untuk pulang ke lubuk aku mencari rezeki. Pagi-pagi lagi emak telah menyediakan sarapan buat aku... Mekaseh mak... berbekalkan nescafe suam serta nugget aku dihantar ke Terminal bas Sg. Nibong. Sedey pulak.. pas nie turn kakak aku pulak la yang hantar sebab Mak Abah akan mengerjakan haji di Mekah. Salam cium tangan serta pelukan mesra sebelum aku berangkat pulang..... huhuhu Maseh tak terbalas jasamu ayahbondaku....

...HO HO HO....

Image
Ahahaha bukannya hohoho merry chrismas tau...!!!!!!!! tapi Ho HO Ho balik kampung.... :D maka dengan ini saya nak bagitau.. nak balik penang hari nie... tapi lepas kerja la kan..:) malam nie alhamdulillah. tak da lah busy sangat walaupun ramai pesakit.:) dapat buat kerja dengan tenang. Mood balik kampung memang tengah membara nie. Harap-harap dapat balik dengan selamat pagi nanti.. Rindunya....:-s

..wedding planner..

Opppsssttt... Jangan salah sangka pulak.. Bukan untuk aku,tapi aku dilantik untuk jadi penasihat bagi majlis perkahwinan sahabat aku Cik Azura.. Dia rupanya dah bertunang masa rombongan tunangnya datang merisik. Tup tup nak dituangkan sekali.. Apa lagi,makin kalut la jadinya..hanya bersaksikan kedua-dua keluarga serta jiran,maka rasmilah Cik Azura sebagai tunangan orang.. Sekelip mata dengan izin Yg Maha Esa semua telah selamat walaupun tanpa persiapan rapi. TAHNIAH SAYANG :-) so malam nie kami dah merangka apa yang diperlukan untuk majlis tersebut dan siapkan bajet yang sesuai. Pening jugak dibuatnya.. Maklum la,aku pun tak biasa nak detailkan apa yang perlukan untuk majlis nie.Bajet yang biasa-biasa boleh jadi luar biasa. Harap-harap apa yang kami rancangkan akan berjaya..

..KaseH...

Image
$esungguhnya rasa sangatlah bosan jika perjalanan hidup ini tak diselitkan percutian nan indah bersama rakan atau keluarga.. macam dah lama sangat tak g jalan-jalan tempat jauh-jauh.. adeh... sesak jer kepala nie bila fikirkan pasal bercuti nie.. mana tidaknya, setiap hujung minggu aku terpaksa berebut dengan rakan sekerja untuk bercuti. maklumlah,aku bukannya bekerja seperti yang lain,senang-senang ja boleh cuti di hujung minggu. @ku rasa tak der mood jer sepanjang 2 minggu nie.. mungkin sebab tak balik kampung lagi lepas raya puasa baru-baru nie. RINDU sangat nak balik PENANG. rakan-rakan lain suka bertanya kenapa aku suka sangat balik kampung? Jawapan aku senang jer la.. Nak jumpa family,kawan-kawan kat kampung. selain tue nak balik makan makanan yang besh macam masakan mak dan NASI KANDAQ :D.. febret tue.. bagi orang lain aku tak tau la kan... tapi bagi aku,aku MESTI balik jugak sebulan sekali ataupun dua minggu sekali :) Minggu depan nak balik kampung.. ada nak buat kenduri kesyuk...

..Sedih @ gembira..

Dua rasa ini amat sinonim dalam menjalani hidup ini..Berapa banyak rasa sedih,berapa banyak rasa gembira yang anda rasa? Mampukah kita mengukurnYa? Dua rasa ini selalu bermain dalam fikiran aku.. Mungkin aku sedih kerana gembira.. Mungkin sedih kerana kepedihan,kepiluan,derita perasaan. Gembira dikala bersama keluarga,rakan-rakan.. Namu semua itu bersifat sementara.. Semua rasa ini haruslah disertai dengan syukur..barulah kita akan lebih tenang..

k.a.w.a.n

Image
K.A.W.A.N mengerti aku bahawa ada jurang nya faham apa yang masing-masing perlu menjaga hati menegur jika ternampak salah berpendapat yang mendorong ke arah positif kekuatan serta semangat berterus-terang itu perlu cemburu itu kadang menyiksakan tamak ke jadi kawan ? setia hendaknya rajuk kadang bahagia dihargai menghargai perlu masa untuk diri maaf sepenuhnya dari hati terbaek buat kawan curiga makan jiwa fikirkan demi kawan kawan jadi lawan lawan sukar jadi kawan kawan atau cinta kawan atau sahabat apa bezanya semua janji ikhlas tua muda miskin kaya jika benar kawan terima seadanya terima kaseh kawan sedar akan kekurangan diri ingin jadi yang terbaek mari kita berkawan hilang satu datang beribu tak guna cari lawan guna-gunakan kawan tak baek.. langgar prinsip kawan cuba cuba cuba jadi kawan sampai mati itulah sebahagian dari K>a>w>A>n anda bagaimana?

...10.10.10...

Image
Perggghhhh... tengok saja pada angka tue memang cantik kan.. bestnya kalau dapat mengadakan apa-apa majlis pada tarikh ini.... tetapi mungkin belum tiba masanya bagi diri aku.. hari nie memang banyak jemputan dari rakan-rakan seperjuangan... juga merupakan HARI BERSEJARAH bagi pasangan sahabatku AZAH AZIMA & RIZMAN.. majlis akan berlangsung di Changkat Jong,Perak.. buat ila dan pasangan yang akan menikah pada hari nie, maaf tak dapat menghadirkan diri :) aku serta beberapa rakan lagi akan ke sana pagi nanti.. memandangkan aku baru habis kerja malam.. dapat jugak la aku ke sana... sebenarnya pihak pengantin memang suruh pergi lebih awal lagi... tetapi apa kan daya,tugas lebih penting .. so lepas bertugas..aku akan ke sana.. tetapi tak boleh berlama-lama juga.. kerna ibu bapa ku ada di sini.. kami merancang untuk menikmati makan malam bersama-sama... seperti biasa la, Sate Hj.Samuri menjadi pilihan kami sekeluarga... YeeeaaayyyY..... :) TAhniah juga pada sepupu abang ipar saya yang m...

Selamat Pagi Chenta |*_*|

Assalammualaikum....selamat pagi semua.. mesti korang tengah syok tidur kan... beshnya...:D aku pagi-pagi lagi dah bangun. Sebabnya aku bekerja shif pagi hari nie.Setelah 2 hari bercuti selepas shif malam,hari nie kena kerja juga walaupun banyak aktiviti lagi nak di buat hari nie... Semalam aku lepak kat umah makcik di Taman Selaseh,Greenwood... Pagi nie datang kerja dari sana la. Dari pagi semalam aku kuar umah,malam baru balik.Apa tidaknya,pergi tolong kat umah ketua tempat kerja nie nak wat open house semalam. Tak tolong tak boleh jugak,dah menjadi satu kemestian.:D lepas tue aku serta dua orang kawan lagi bersiap sedia untuk pegi kenduri salah sorang Otai kat VF(Virtualfriends.net ) iaitu encik 2faz serta isterinya Ella.. sangat manis mereka berpakaian pengantin berwarna krim + merah...selain itu ramai dapat bertemu rakan-rakan maya aku. bagus jugakkan... Selepas kenduri,kami ke RUMAH TERBUKA FOUNDER VF di taman equins :) baru pindah masuk rumah baru rupanya... menunya sangat rin...