Posts

Lamanya bersarang...

Image
Assalammualaikum wbt... Apa habaq semua..? sehat kot? semoga semua bergembira di hujung minggu... Dah lama tak keluarkan catatan-catatan kat blog nie.. Adeh.. RINDU sangat-sangat.. selama bebarapa bulan nie banyak perkara yang belaku yang tak dapat aku nak kongsi kat sini.. Maaf yea kawan-kawan.. Pelbagai perkara yang melibatkan diri,keluarga serta persekitaran aku.. Hanya dapat dilalui dengan sabar dan ketenangan dari Allah SWT. Alhamdulillah khusus yang aku ikuti selama 6 bulan telah tamat dan mendapat keputusan yang memuaskan.. Kami semua LULUS! Syukur Alhamdulillah... Dan konvo akan diadakan pada 30 November nie..Tapi aku tak dapat pergi kerana ada perkara yang tak dapat di elakkan.. Nie antara kawan-kawan group di KSKB Sg Buloh...TAHNIAH semua..

Rindunya....

Image
Hand Bouquet terbaru June/2013 untuk tempahan sila PM di FB saya TQ... Assalammualaikum wbt.... Selamat berhujung minggu... mudah-mudahan sentiasa berbahagia di samping orang tersayang. Perjalanan hari demi hari makin berat terasa.. Pembelajaran di ikuti dengan ujian yang satu persatu datang dan pergi. Alhamdulillah semuanya beransur baik dan berjaya diharungi.. Sesungguhnya kita adalah insan yang lemah,kekurangan. Hanya pada DIA yang satu tempat ku bermohon agar dipermudahkan.Benarlah ungkapan "hidup tak sentiasa indah" sebagaimana yang kita harapkan. Jika ini berlaku,kembalilah meneliti hidup ini,tingkatkan ibadah,sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat dan rahmat yang kita rasai.. Mudah-mudahan sentiasa tenang dan sabar mengharungi liku-liku hidup. Semoga anda semua jua bersemangat tak kira dalam apa jua rintangan. Semoga dipermudahkah Allah SWT.

13.3.2013

Image
Assalammualaikum wbt... Selamat Pagi.. Selamat hari lahir buat Akak wad saya.. Kak Marlina.. Semoga berbahagia,dimurahkan rezeki dan bertemu jodoh yang baik...       Alhamdlillah semalam besda saya,walaupun sibuk bekerja,daat juga buat celebrate birthday last minit.. Ahai.. bestnya.. Tq kak ina tolong beli kek untuk kita bertiga.. memandangkan birthday kami sederet, kena buat small celebration la.. Semoga kami semua teruskan baagia dan berjaya dan diberkati Allah...     Selamat Hari Lahir buat Kami

12.3.2013

Assalamualaikum wbt.. Selamat Pagi...   Hari nie.. Hari Lahir Saya...   Selamat hari lahir Fadhlina Ahmad.. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipanjangkan jodoh, diberi kesihatan yang baik, diberkati Allah.. Gembira bersama insan-insan kesayanganku...   Sekian.. With lots of LOVE...

5.3.2013

Image
  Assalammualaikum wbt.. selamat pagi... Dah sarapan ker? Jom sarapan dengan Oat cookies sambil baca Novel Cik Blur dan Encik Ikhlas.. Alhamdulillah setel baca buku nie.. sangatkan best dan sweet cerita dia.. Slumber jea terima pilihan keluarga..kebetulan pulak pilihan tersebut mengena dan dua-dua sudah lama menyimpan rasa..Jadi.. pilihan ibu bapa in sya Allah terbaik dengan restu mereka bahagia dan mengukuhkan ikatan kaseh sayang mereka.. korang dah baca belum? best tau...

3.3.2013

Image
Tarikh yang keramat... Selamat Hari Lahir Buat My BFF... HAMZAH yang dok tersengeh tue..     Selamat Hari Lahir Buat Mak Uda da Mak Su aku.. siap berlari-lari lagi ank menantu nak ma hantar kek kat Terminal bas... Terima Kasih Banyak...     Juga Selamat Pengantin Baru Buat Sepupu aku.. Nana Farhana dan Akram   Semoga semuanya berbahagia bersama insan tersayang.... Juga buat rakan-rakan yang turut sama meraikan hari bahagia pada hari ini...

2.3.2013

Image
Assalammualaikum wbt... Hari ini.. Hari yang di nanti-nanti buat KAMI.. Seperti yang dirancang.. Alhamdulillah tibalah masanya KAMI bersua.. Dengan restu mama,diizinkan bertemu.. 10 pagi..agak lambat bersiap dan keluar dari rumah.. Kereta aku pandu ke tempat yang dituju.. Lalu kami bertemu.. Aku memandu terus ke desinasi pertama rumah Buzu bersama Encik Kpop.. Selesai ambil papan untuk photobooth kami ke Medan Selera TTS.. Menu yang sama..aku bihun sup dan Encik Kpop kueyteow + mee sup.. Seterusnya selesaikan urusan Encik Kpop baru selesaikan urusan aku pulak.. Dari ofis Encik Kpop kami menaiki feri Penang untuk ke seberang.. Lama sudah tak naik feri dengan kereta.. selalu aku jalan jea kalau naik feri.. Sampai di seberang sana kami terus mencari makanan tengahari.. Encik Kpop dah mula lapar.. Kami singgah kedai makan area Sunway Canival.. Boleh tahan jugak lauk kat situ.. Aku tak dak pilihan terpaksa makan nasi juga.. Lepas tue kami ke A to Z,mencar...