Posts

Showing posts from June, 2011

..HambaMu Allah..

HambaMu – Mawi ft. Akhil Hayy Ke arah satu perjalanan Dalam sebuah kehidupan Demi untuk mengecapi Hasrat murni di dalam hati Usaha dengan doa Masanya akan tiba Dengan restu Illahi Kelak pasti akan ditemui Suluhkan cahaya di hati terang (Allah) Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah) Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh Tegakkan semangat bila runtuh Setibanya di sisiMu ku berserah Terimalahku hambaMu Allah HambaMu Allah Sekiranya takdir menguji Cekalkanlah hasrat di hati Semoga kesusahan bisa Mengajar erti terus asa Usaha dengan doa Masanya akan tiba Dengan restu Illahi Kelak pasti akan ditemui Suluhkan cahaya di hati terang (Allah) Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah) Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh Tegakkan semangat bila runtuh Setibanya di sisiMu ku berserah Terimalahku hambaMu Allah Dengan restu Illahi Kelak pasti akan ditemui Suluhkan cahaya di hati terang (Allah) Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah) Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh Tegakkan semangat b...

26.6.2011

Assalammualaikum wbt dan Selamat Petang.. Syukur alhamdulillah kehadrat Ilahi atas kurniaan nikmat rezeki di dunia dan mudah-mudahan sampai akhirat.. Titisan air mata diiringi butir-butir permata hujan yang membasahi bumi ketika ini sebagai tanda syukurku.. Sesungguhnya apa yang kita harapkan pada hidup ini alangkah indahnya jika digunakan sebaik-baiknya untuk menghargai dan dihargai.. Besarnya kekuasaanMu memberi pemikiran yang sebaik mungkin hingga tak tercapai dek akalku.. Aku mengagumimu.. Bimbinglah aku menjadi sepertimu.. Agar menjadi satu penolakan bt diri ini.. Terima kaseh Pn Hjh Ramlah binti Abu Bakar.. Dengan segala ilmu yang engkau curahkan dapat menjadi pegangan serta bimbingan pada diri aku serta rakan-rakan seperjuangan. Semoga puan sentiasa dimurahkan rezeki serta diberi kesihatan yang sebaik-baiknya.. Pada hari aku diraikan dengan penuh gilang gemilang walaupun tanpa mengharap apa-apa balasan.. Aku juga bahagia Engkau telah membuka mindaku yang sempit untuk menerokai ...

Happy birthday Cik Buzu

Hari ni juga.. Merupakan tarikh birthday one of My BFF.. Miss Buzu..;-) yeah.. Mu.. Selamat Hari Lahir ke- ..... Semoga mu sehat sejahtera.. Bahagia di samping orang-orang kesayanganmu.. Kawe kat sini sentiasa mendoakan apa yang terbaik buatMu.. Semoga ikatan persahabatan kita sentiasa mekar walaupun jarang ketemu.. Semoga dipermudahkan rezeki dan sentiasa happy.. Akhir kata.. Sayang MU..!!!!

Selamat Hari Bapa Sedunia 2011

Assalammualaikum wbt dan selamat petang ;-) Alhamdulillah bertemu kita pada hari ini,sempat jua berkongsi cerita.. Pertamanya, SELAMAT HARI BAPA kepada abah tercinta.. Semoga abah dikurniakan kesihatan berpanjangan,bahagia disamping mama,anak-anak serta keluarga yang lain.. Jasa dan budimu membesarkan kami 3 beradik amatlah besar. Tak mungkin terbalas segalanya.. Abah.. Walau kami sering ditinggalkan ketika waktu kecik.. Namun kami mengeri pengorbanan yang abah lakukan untuk kebaikan kita sekeluarga... Mamalah yang menjadi pengganti ketua keluarga ketika abah tiada.. Sungguh besar pengorbanan kalian.. Pastinya ketika ini abah dan mama mampu tersenyum gembira melihat anak-anakmu pandai berdikari.. Terima kaseh abah.. Kaseh dan sayang mu sentiasa mekar di hati kami.. Aku berdoa agar kami dapat menjadi anak yang soleh dan solehah untuk abah dan mama di dunia dan akhirat.. Selamat hari bapa sedunia.. Sayang abah...!

Al-Fatihah

Assalammualaikum wbt dan Selamat Sore... Takziah buat keluarga sahabatku Khairul Izudin (Acong Vf) serta Yanafuziana atas pemergian Ibu tercinta.. Setelah beberapa jam bertarung nyawa dalam keadaan tidak sedarkan diri,akhirnya tiba waktunya arwah dijemput Ilahi pada jam 3pagi.. Sebagai umat Islam,marilah kita sedekahkan surah Al-Fatihah buat arwah..semoga dirahmati dan tergolong dalam golongan orang yang beriman.. Al- Fatihah.. Sesungguhnya dari Dia kita datang,dari Dia jua kita dikembalikan.. Sakit itu datang tanpa dipinta,andai sudah tertulis..haruslah kita berusaha untuk merawat agar dapat menikmati kemanisan hidup dunia dan akhirat.. Sesungguhnya semua ini hanya sementara untuk kita nikmati.. Tabah menghadapinya..

Takziah

Assalammualaikum wbt dan selamat malam.. Takziah kepada ibu sahabat saya yang tengah bertarung nyawa dalam unit rawatan rapi HKL.. Semoga tabah menghadapi dugaan.. Insyallah mudah-mudahan kembali stabil..

..yang baik itu sukar dilaksanakan..

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi... Seminggu telah berlalu,masa bagaikan berlalu dengan pantasnya.. Kita tetap jua melalui nya walau dalam apa keadaan sekali pun.. Untuk mendapat kesedaran tentang kehidupan lebih bermakna adalah sukar.. Cuba kita lihat,untuk mendapat pendapatan yang selari dengan pembangunan negara maju juga sukar.. Jika dibandingkan dengan zaman atau waktu dahulu,kos hidup amatlah rendah.. Ibu bapa sekadar cukup untuk makan gaji untuk membesarkan anak-anak. Pada zaman terkini,makan gaji belum tentu cukup untuk menyara keluarga.. Berapa banyak rakyat di luar sana punya masalah dengan ah long atau syarikat yang menawarkan pinjaman di luar sana,semuanya demi kesihatan,keselesaan sesebuah keluarga.. Mereka jua belum tentu dapat melangsaikan hutang pada masa yang di janjikan.. Mereka perlu usahakan sesuatu untuk meneruskan hidup.. Anda cubalah fikirkan.. Sedar sebelum terlambat.. Cari SEHAT anda untuk diri sebelum merawat,menjaga keluaga atau orang sekeliling anda..

..Suka artikel nie..

Image
Anda refleksi apa yang anda makan KAJIAN Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selama lapan tahun di negara maju seperti Amerika Syarikat, Jerman dan United Kingdom mendapati negara-negara tersebut mencatatkan jumlah penduduk yang obes. Paling atas dalam senarai ialah American Samoa yang mencatatkan hampir 94 peratus penduduknya termasuk dalam kategori obes. Ia dikatakan akibat perubahan mendadak pada corak pemakanan mereka. TABIAT makan dan kurang bersenam faktor yang menyebabkan kanak-kanak obes. Penduduk di American Samoa dikatakan tidak lagi makan makanan tradisional mereka. Sebaliknya, mereka memilih makanan yang diproses dari Amerika dan Eropah. Makanan diproses ini lebih murah dan mudah didapati. Penduduk obes di Republik Kiribati, yang terletak di Lautan Pasifik berada pada tahap hampir 82 peratus jumlah penduduknya. Masalah obes ini juga disebabkan mereka lebih cenderung memilih makanan yang sudah diproses. Antara makanan yang diklasifikasikan sebagai penyebab kege...