Posts

Showing posts from May, 2011

..3 hari..

Assalammualaikum wbt n selamat malam... Kejap je dah berlalu 3hari.. Aku menghabiskan masa dengan menghadiri kenduri Pn Nadiah dan En Saiful.. Seterusnya makan malam bersama keluarga pada hari kedua.. Hari nie pula aku menemani Cik Buzu mencari butik pengantin di sekitar Penang,tak cukup Penang,kami menuju ke Sg Petani. Memang tak dinafikan harga pakage sangat berbeza dan baju-baju memang up to date.. Kebanyakannya terdiri daripada lelaki lembut yang mengendalikan butik tersebut. Utk menempah baju pun murah.. Tapi tak mustahil jika diikutkan fesyen zaman sekarang akan mencecah rm6k @ rm7k nanti.. Untuk anda yang belum atau br bercadang nak kawen,sediakan duit serta buat pilihan yang tepat pabila memilih pakage pengantin... Ok.time to sleep..nite ;-)

..Kenduri Nadiah Nad Naddy..

Image
Assalammualaikum wbt,Selamat Petang kawan-kawan... Haaa.... semalam makan kenduri My BFF Nadiah Nad Naddy dengan pasangannya Enchek Saiful.. Tema Colat Gold memang menaikkan seri Pn Nadiah yang jarang-jarang bersolek serta lemer macam hari persandingan naya.... Sahabat yang seorang nie agak ganas dari segi perlakuan,tapi hati nye baek..:D Alhamdulillah dan Selamat membina rumahtangga agar lebih cemerlang kekal abadi... Mari kita layankan gambar tetamu serta Pengantin yang dirai..:) pelamin kiut... Nad n Iena.. ..Iena ieda n yana .. yana-intan n iena... yana n pengantin.. acara pemberian bunga..

...gatai-gatai...

Image
Hadoi... gatal-gatal sudah mari.. nape tah.. tak kan sebab habuk? mesti sebab ada binatang kecik-kecik tu giget ... mujur bukan satu badan... dah sapu macam-macam ubat tapi tak jadi jugak... nak kena makan ubat gatal lew pulak... gluppp.. telan sebijik ubat gatal dan kesan nye boleh menyebabkab ngantok...

...Adakah Pemakanan anda benar-benar seimbang?...

Assalammualaikum wbt dan selamat petang... Hari nie nak sembang pasal topik pemakanan.. "Anda adalah apa yang anda makan" Berpegang pada frasa di atas, pernah tak anda terfikir apa yang anda makan dari usia anda bayi hingga ke saat ini akan menyumbang kepada risiko mengidap penyakit kronik seperti kencing manis,darah tinggi, serangan jantung,gout dan sebagainya.. Perlu anda sedari penyakit sekarang tidak mengenal usia, dari kanak-kanak hinggalah dewasa.. lebih dari beribu kes "AH LONG" yang dilaporkan adalah disebabkan oleh masalah kesihatan. Anda tentunya sanggup menjual apa sahaja yang anda miliki jika tidak dapat membayar bil hospital untuk mengubati penyakit yang anda hidapi.. Tidak kira anda kaya atau miskin,penyakit tetap akan menyerang anda jika anda tidak berwaspada dari sekarang. Berapa ramai antara anda yang sering mengambil pemakanan seimbang yang di sarankan oleh Kementerian Kesihatan? Tidak banyak bukan.. Anda perlu bijak untuk memilih makanan jika and...

..Kembali Pulang...

Assalammualaikum wbt dan selamat petang.... Jam 12 tengahari baru jer sampai dari Penang... Seharian di Penang memang memenatkan.. tapi keterujaan dalam mengisi aktiviti pada masa yang singkat adalah lebih berpuas hati dari berlama-lama di kampung dengan hanya duduk rehat-rehat... Hari Ahad,jam 12 tengahari aku dan keluarga ke Balik Pulau.. Menghadiri kenduri kahwin anak kepada sepupu abah.. Walaupun jarang sekali berjumpa,tak semestinya kita tak ingat.. Selepas kenduri,aku,kakak,abang serta adik terus ke Bertam untuk melihat-lihat rumah baru kakak yang telah siap direnovate.. Bestnya bukan kepalang walau tiada perabut yang belum dimasukkan lagi. Kami mengemas kotak-kotak lampu yang bersepah di dalam rumah.. semuanya telah siap di pasang.. Setelah siap menyapu sampah, kami pon terus pulang ke Penang... Kami meneruskan perjalan ke rumah Cik Buzu untuk ambil barang yang aku kirimkan minggu lalu.. Tak sabar nak menggunakannya... kami meneruskan perjalanan ke rumah sepupu aku untuk melihat...

..PenAng In da Houz...

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi... Hari nie perjalanan amat jauh sekali... Dari Kg Baru aku dan Noni ke Putrajaya untuk bertemu teman sealam maya Pn Yana serta En Acong untk menghantar barang yang di pesan.. Kami dijamu dengan Nasi Lemak pagi nie... Mekaseh tuan umah... Pn Yana bie baru jea berpindah ke Putrajaya.. Sebelum ni dia kerja kat Penang.. So bila dah kawen,kena la ikut suami kan... Lepas makan kami pon terus ke rumah Mak Long Noni di kawasan Pandan Indah... Jalan memang jem sangat hari nie... teros lg pegi Kota Damansara... Ada seminar tentang pemprograman diri.. Lepas taman seminar,aku pon terus ke Puduraya amek bas tuk balik Penang... perghh... penatnya... Bus jalan dalam kol 7.40 petang... Alhamdulillah aku dah selamat sampai Penang jam 12.30 pagi...:) SYIIIOOOOKKKKKnyaaaaaaaaa..:)

..12 Mei 2011 Hari Jururawat Sedunia...

Image
Assalammualaikum wbt dan Selamat Pagi... Agak kelewatan untuk saya mengucapkan Selamat Hari Jururawat kepada Semua Jururawat sedunia... Sambutan tahun ini amat baik sekali.. Pelbagai amanat di sampaikan bagi saling memperkukuhkan dalam memberi perkhidmatan yang telah sedia ada... Tahun nie dapat sponser kek serta cokelat dari pihak Radicare... TQ so Much.. Dari pihak Hospital akan menyusul kemudian... Terima Kaseh tak terhingga pada teman-teman yang mengirimkan pesanan ringkas kepada saya.. Ingatan anda amatlah dihargai.. Bagi seseorang JURURAWAT, kami diberi tanggungjawab dalam mengendalikan pesakit mengikut Akta Jururawat Malaysia.... Tanggungjawab ini sesungguhnya amat berat jika tiada kerjasama dari semua pihak... Selagi terdaya, kami akan bantu.. Semoga kerjaya ini menjadi salah satu kerjaya yang mulia di sisi Allah.. Amin...

..Selamat Hari Ibu...

Image
Assalammualaikum wbt dan Selamat Pagi... Sewaktu insan lain sedang indah dibuai mimpi,Seawal pagi aku bangun untuk ke tempat kerja melaksanakan tugasku hari nie... Entah semalam rasanya sukar untuk aku lelapkan mata.. Masih terbayang-bayang raut wajah IBU, raut wajah ABAH,raut wajah ahli keluargaku... Hari ini... Sambutan Hari Ibu sedunia.. Tahniah buat IBU yang melahirkan,menjaga,memenuhi keperluan seorang anak.. Bagaimana kita meraikan mereka? Berikan hadiah atau apa sahaja sebagai tanda penghargaan kita kepada ibu kita.. Ibu tak pernah minta dihargai,tapi kita bertanggungjawab mengembirakan ibu kita,menghargai mereka yang telah banyak memberi budi.. Sesungguhnya doa IBUlah yang paling mustajab,yang paling di Dengari oleh Allah SWT.. Buat ibu yang telah tiada,doa dari seorang anak adalah limpahan pahala yang paling banyak buat bekalan mereka di sana. Biarpun tidak nampak dimata,namun doa itu disampaikan dengan tulus hati,pasti IBU juga mendengarnya di sana.. SAYA SAYANG MAMA....<3

..Mei bermula..

Image
ehemm... lamanya tak update.. maaf la yea... macam-macam peristiwa dah jadi dalam masa beberapa minggu nie.. Alhamdulillah hadiah buat mama dah selamat pos bawak balik Penang.. TQ to Cik Buzu tolong bwk balik adiah yea... Last week sempat jumpa my fren Cik Intan n Cik DD... susah betoi nak jumpa.. Bz sangat la pulak kan... hehe Alhamdulillah ALLAH dah susunkan satu pertemuan yang baik nie.. Walaupun sekejap.. tapi best..:) This week banyk preparation yang aku kena buat untuk next next week... Banyak kenduri kawen sahabat handai.. Kena la pegi.. Insyallah,dipermudahkan laluan aku untuk ke sana nanti...