Awak Suka Saya Tak?
Kalau kita ingat kita kaya,
Ada orang lain yang lagi kaya.
Kalau kita ingat kita cantik,
Ada lagi yang lebih cantik.
Jangan terlalu sombong dengan apa yang kita ada,
Sekejap aje Allah tarik balik.
Cinta itu datang tanpa diundang,
Perginya tanpa dihalau.
Cinta itu pelik dan penuh misteri,
Sejuta orang,sejuta pelbagai rasa cinta.
Jangan persoalkan bagaiman seseorang itu boleh mencintai kita.
Cinta yang suci tiada jawapannya.
CUMA HATINYA DAPAT MERASA.
Cinta suci itu ada,
Hanya yang bertuah saja akan memilikinya.
"CINTA YANG SUCI,TIADA PERSOALAN DA TIADA JAWAPAN.IA DARI ALLAH.HANYA MEREKA YAnG IKHLAS SAJA YANG TERPILIH UNTUK MEMILIKINYA. AJAIBNYA RASA CINTA INI,HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI." GO FIND YOUR TRUE LOVE!
Berikut adalah kata-kata yag saya petik dari novel "AWAK SUKA SAYA TAK?" Penulisan dari Melur Jelita.Terbitan Karya Seni.
Kepada peminat novel tegar,adakah anda sudah mendapatkan naskah ini?
Jika belum silalah berbuat demikian.
Anda bakal menikmati rasa kasih-sayang yang melimpah-ruah.
Novel setebal 1056 muka surat ini saya habiskan dalam beberapa minggu.Percaya tak saya mula membacanya sebaik sahaja di beli di Kedai Buku 1 Malaysia,Puduraya sebelum saya pulang ke kampung.
Dari mulanya hingga helaian demi helaian dijamah,Subhanallah..satu perasaan yang sangat halus menyusuri perjalanan novel ini.Sangat melekat dihati. Sesungguhnya setiap manusia mendambakan kasih sayang dari segala segi.Betul tak? Tak caya jom baca ASST.
Tersentuh dengan keikhlasan HILMAN YONG yang sangat tulus.Serta kesanggupan menanti perjalan percintaan dengan Intan Zulaikha.
Pelbagai halangan ditempuhi..akhirnya..segalanya berjaya diharungi..
"Semoga menjadi kekasih yang solehah,penyejuk mata dan hati kami."
Menyebutnya,hati merasa tenang dan damai.
Terima Kasih pada penulis kerana berjaya menghasilkan karya yang sangat SUPER BEST! Semoga apa yang akak sampaikan merupakan salah satu dakwah secara tak langsung melalui karya akak..
#kami tunggu karya seterusnya..:)
Comments
alhamdulillah dan terima kasih dengan post ini. Semuanya dari Allah.
alhamdulillah, terima kasih kerana menyukai ASST. Jom sebarkan kasih sayang ASST
Terima kasih kembali sebab sudi mai jengah ke blog saya...
ianya post yang saya ingin berkongsi apa yang saya rasa dengan semua pembaca,kawan-kawan..
Semoga Allah memberi ilham untuk karya-karya akak..Amin...
mselim3
Setuju.. pernah baca buku nie? try la baca..