5.1.2013

Assalammualaikum wbt...
Selamat pagi..
Hari nie aku dah janji dengan seseorang untuk jumpa dekat area KL nie.
Terus bangun dan pergi mandi dan terus siap-siap.
Sebelum tue macam biasa sarapan B'Young aku walaupun tak makan makanan lain.
Bunga tak dak,apa pun tak dak..
Nak buat apa pulak menda semua tue?

Sebenarnya hari nie kawan sekolah tadika merangkap kawan sekelas di sekolah menengah dulu telah tamat latihan sebagai seorang SARJAN di PULAPOL,Jalan Semarak Kuala Lumpur.
Alhamdulillah.. Tahniah geng..
Sampainya aku kat Pulapol,acara perbarisan semua dah setel.
Hanya menunggu bergambar dan berjumpa ahli keluarga.
Sebelum tue aku telefon emaknya supaya dapat jumpa tempat yang mereka tunggu.
Dah jumpa,bersalam-salaman dengan mak,isteri dan adiknya.
Ala..si baby pulak tido...Cuaca agak panas ketika itu.
Kalau hujan,agak sukar bagi ahli keluarga untuk berjumpa dengan pelatih.
Setengah jam menanti,barulah dapat jumpa Encik Saiful.Hampir tidak ku kenali.
Dulunya agak putih,sekarang gelap sikit,kurus kering. Isk isk tak cukup makan kah?
Tapi tidak mengapa,asalkan tamat dengan jayanya kursus ini.
Semoga Encik Saiful mendapat penempatan berhampiran dengan keluarganya.
Sebelum ini,dia bertugas di Sabah.
Lepas bergambar,kami pon berpecah.
aku terus pulang kerana bekerja pada sebelah petang.
mereka terus ke kereta untuk mengambil barang-barang untuk di bawa pulang.
ok..begitulah ceritanya..

Apa-apa pun.. TAHNIAH SARJAN..Selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

 
 
 
 

Comments

Popular posts from this blog

...MenCeriAkan diRi seHarian MelaKa..

k.a.w.a.n

..Lepakking at Old Town Bayan Baru...