Posts

Showing posts from January, 2013

24.1.2013

Hari nie aku telah pon bercuti..Get ready nak p Johor..my bff  Buzu n hubby dia mai amik kat rumah kol 1 lebih.. terus kami bergerak ke Sogo sementara nak tunggu 1 keta lagi ready.Jadi hubby Buzu pon sakan bershopping sebab baju untuk jaan-jalan semua dok ada kat kampung.. Syiok la dia dapat baju baru. Aku dan Buzu p shopping tudung kat Jalan TAR sebelum masuk Sogo. Macam lama tak jalan-jalan ngan mybff..Lepas setel shopping kami makan kat food court..Lepas tue terus bertolak ke arah selatan.. Sampai di Hentian R&R Seremban terserempak pulak dengan mantan si jantung pisang...Huish... memang kalau boleh scan jantung tue memang penuh dengan adrenalin yang melebihi kot.. Dah lamatak jumpa,bila terserempak macam tue,memang confirm la nak luruh jantung.Cakap pon jadi tak betul dalam dok cover-cover..Tanya sikit-sikit,lepas tue kami berpecah..Tiba-tiba hujan sangat LEBAT turn tak berhenti-henti... Ya Allah,Engkau Maha Mengetahui..Aku pon cepat-cepat menuju ke musolla.Terus aku pon banj

Menyambut Janji..

Image
Hari nie saya suka lagu nie... Jom dengar sama-sama...:)

28.1.2013

Assalammualaikum wbt... Selamat tengahari.. semoga sentiasa di rahmati Allah.. Hari nie aku kembali bertugas seperti biasa setelah beberapa hari aku bercuti.. Badan still sakit-sakit lagie.. Macam biasa 2 orang sepupu aku jadi tukang urut... Terima kasih banyak-banyak.. Malas nak masuk keja masih terasa. huhu.. boring Inilah padahnya bila dah bercuti panjang.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar hari nie.. Cuma esok kena meeting dengan doktor..:( Hadoi.. sesi soal jawab yang tak best. Tapi demi tidak melakukan perkara tersebut lain kali.. kena mengadap jugak..

Balik dari bercuti...

Image
Assalammualaikum wbt... Finnaly semalam sampai KL dari JB ja 4 pagi... separuh jalan saya drive... Penuh dengan mat rempit sekitar highway kat Melaka.. Tension kot... Accident pon ada,siap kereta terbalik masuk longkang tepi jalan..Fuhhh.. slow gak aku bawak dalam gelap gulita tue.. Akhirnya sampai gak KL..Lega... Mengantok... dan Letih sangat..Tapi sangat BEST berHOLIDAY dengan my BFF...Thanks my dear BFF.. Pengalaman yang sangat menakjubkan,horror,dan keletihan bersama-sama... Len kali kita p lagie na...:)         Gambar dari camera Cik Ieda..TQ  

23.1.2013

Image
  Kota Singa... Hoyeahhhhh... Mari bercuti bersama rakan-rakan tersayang....     

Pesta Buku Malaysia 2013

Image
  Assalamualaikum wbt.. Pesta buku Malaysia bakal menjelma lagie... Kepada semua silalah berkunjung  ke PWTC Menambah baha bacaan dan dapat menemui penulis... Semua peminat penulis MELUR JELITA sila ke pwtc 1.2.2013 nie.. jam 11pagi hingga 3 petang..:)

22.1.2013

Image
  Apa MAKNA S.A.Y.A.N.G ?     Tolong mai habaq sat....!!!     *saya budak baru belajar* 

Sampai Hujung Nyawa..

Assalammualaikum wbt.. terjumpa lagu nie.. Tidak pernah Ku terfikirkan Bahawa kau dan aku Ditakdirkan bercinta Aku bagaikan tak percaya Bila kau melafazkan Kau cinta kepadaku *Terasa indahnya perasaan Sejak kau hadir dalam hidupku Setiap hari merinduimu Tanpa jemu ku menantikan mu Gelora di jiwa membuatku gelisah Menanti saatnya untuk bersama Betapa sabarnya ku dibakar rindu Yang menjulang-julang cintaku kasihku kusimpankan untukmu Tidak sedikit berubah hati Bertapa setianya cintaku kepadamu Sampai hujung nyawa Kuberdoa agar kau pun setia... Ya Tuhanku bahagiakan kami... *my k-pop..

Syukur padamu Ya Allah..

Image
Saat ini aku bersyukur padamu Ya Allah.. Doa aku mohon padaMu Tuhan.. Bicaramu yang penuh bermakna Menambah keyakinanku padamu Ya Allah.. Semoga segalanya berada dalam keredhaanmu.. Tak pernah aku harapkan apa yang aku tak mampu nak lakukan.. Cuma diberi peluang mengenali diri serta menyenangi hati orang-orang yang disayangi.. Doaku agar ianya satu permulaan yang baik.. Demi masa hadapan.. Andai ia milik ku.. Sudah pasti ia jua atas kehendakmu- Ya Allah.. Terima Kasih Ya Allah.. Pasti sujudku hanya padamu Yang Maha Agung.. Alhamdulillah... gambar dari encik google..

21.1.2013

Tika wajah penat memikirkan dunia,maka berwudhulah...  Tika tangan ini letih menggapai cita-cita,maka berdoalah...  Tika bahu ini tak kuasa memikul amanah,maka bersujudlah...  Ikhlaskan semuanya dan dekatilah ALLAH SWT...  Agar tunduk di saat yang lain angkuh Agar teguh di saat yang lain runtuh Agar tegar di saat yang lain terlempar .. Assalammualaikum wbt... Sebenarnya kata-kata ini sudah lama tersimpan dalam profile saya di sebuat website iaitu Virtualfriends.net. Saya juga tak pasti kat mana saya cedok kata-kata ini. Satu hari saya post kata-kata ini di ruangan FB saya.. Wah..tak sangka ramai yang respond.. Jadi saya nak share pada kawan-kawan blog saya pula.. Jom hayati.. Yang mana baik sila ambil teladan... Terima kasih...

20.1.2013

Image
HIDUP ini susah kita nak DUGA: Kadangkala kita rasa DEKAT dengan seseorang itu, tapi sebenarnya JAUH. Walaupun kita dapat BERSAMA dia, belum tentu HATI dia dapat kita SELAMI. Mungkin kita boleh buat dia KETAWA, tapi kita tidak tahu apa makna SENYUMANNYA

Love My Butterfly

Image
..."Dalam perut I, umpama ada sekumpulan rama rama. Kalau seorang lelaki berjaya membuatkan butterflies in my stomach mengepak laju, bererti dia berjaya menari ... k perhatian I sedikit. Tapi kalau rama rama bergerak dari dalam perut naik keatas dada...mengepak riang...bererti dia berjaya mengocakkan hati I. Kalau rama rama itu tak mahu turun, tetap mengepak ghairah di jantung I, bererti that guy sangat sangat menawan. And he's my soulmate"... Iris...♥ Love that words..May Allah Always Bless All kind of Love around me.. Please Stay...!

19.1.2013

Izinkan saya merindui awak, mengingai awak, mencintai diri awak. Kita tidak ditakdirkan bersama di dunia ni. Semoga di akhirat kelak, kita akan menjadi pasangan suami isteri. Maafkan saya kerana mencintai diri awak. Saya tidak akan melupakan awak. Tidak akan selama-lamanya. Saya bahagia mencintai awak. Mencintai awak secara diam-diam. Mencintai seseoang yang tidak tahu dirinya dicintai. Biarkan saja ia menjadi rahsia dalam hatiku. Tiada siapa yang tahu. Tiada siapa yang perlu tahu kerana satu dosa mencintai hak orang lain. Selagi ia tidak terluah,selagi itulah ia bukan dosa. Aku bahagia dan tenang dengan cara ini. Walau berada di daerah yang sama. Tidak sekali-kali aku berbuat demikian. Tidak akan lukakan hati perempuan sebaik dia . Kata-kata ini adalah petikan dari novel Awak Suka Saya Tak.. Namun ia juga pernah terjadi pada diri aku.. Bebas mencintai sesiapa tanpa aku luahkan.. Memang bahagia dengan cara ini kerna aku tahu cinta aku hanya dari pihak aku.. Namu

18.1.2013

Sastera Kupu-kupu.. Lagu nie mengingatkan tentang kisah rama-rama yang sentiasa ada bersama Iris.. Dan ianya jugak hidup bersama aku.. jom layan.. ost Setia Hujung Nyawa.. dari Mimie Haris       Betapa kelam buat aku tak termampu Di manakah mentari Yang dahulu di sisi Betapa kejam bila sayapku kau patah Tubuhku pun melemah Diriku pun merebah Sakit ini Adalah setia yang tak pernah kau mengerti Berharap kasih moga engkau mampu memahami Walaupun bukan sekarang Bahagia menjelang Berharap kasih moga engkau mahu untuk bersama Andai musim pun berubah Dirimu kan datang Aku si kupu-kupu Hinggap di kuntum hatimu

Mari Menderma..

Image
  Assalammualaikum wbt... Hari aku cuti kan.. petangnya aku ke hospital kerana nak menderma.. Bukannya nak derma duit,tapi aku nak derma DARAH .. Korang pernah derma darah tak? Dah berapa kali? Sakit tak?   Semua tue soalan biasa kan... kena cucuk ngan jarum komfem  la sakit kan Macam semut gigit jea.. Sebelum tue korang kena isi borang penderma darah. Jawab soalan yang dorang tanya untuk keselamatan anda dan penerima darah tersebut. lepas tue ke stesen menguji haemoglobin dan kumpulan darah. sessi kaunserling bersama doktor yang bertugas dan tekanan darah diambil Seterusnya cari kerusi kosong untuk duduk.. Lepas duduk,kerusi diangkat dan berada dalam keadaan baring.. Jururawat datang mengambil bag darah dan sediakan kelengkapan untuk mengeluarkan darah..  Suntikan ubat kebas diberi sebelum dicucuk dengan jarum yang betul. Lepas cucuk tue kena pam darah dengan jari-jari agar darah tak cepat beku.. Lepas 20-30 minit bag darah  pon penuh dengan

Needed..

Image
  Jika benar..In Sya Allah 

Suami Cue-rang

Status FB Prof Dr Muhaya...   Banyak menanyakan tentang suami yang curang- Ini jawapan yang dapat saya berikan , memang berat jika di cuba tetapi kita sebagai hamba Allah amat lemah "banyakkan renung diri, perbetulkan hubungan dgn ALlah dan banyakkan bertaubat. jgn biarkan perangai suami mengubah saudari dari wanita solehah kepada sebaliknya. HAti manusia dalam genggaman Allah. Lihat anak anak dan fokus didik ahli syurga di rumah dan segala tenaga jgn buang dgn sakit hati, marah dan dendam. Beri kasih sayang kepada semua mahluk Allah in shaa Allah kasih sayang kita dapat. Hentikan pergaduhan kerana setelah bertahun buat benda yang sama hasil sama, maka ubah strategi . Saya doakan puan sekeluarga"   LEMBUT bukan bererti LEMAH.... TANGISAN bukan bererti KALAH....   aduhai.. sangat setuju dengan jawapan Prof.. Jika itu berlaku,fokus pada anak-anak.perbetulkan diri kita,hubungan kita dengan yang Maha Pencipta..Pasti Allah menguji kita dengan sebab..Berfikiran posit

17.1.2013

Image
    Assalammualaikum wbt... Selamat Pagi.. Selamat berkerja pada yang bekerja.. Hari nie cuti lagi lepas kerja malam...  Pagi-pagi dah update blog.. Semangat kot... Lagipon tak buleh nak sembung lena dah..   Semalam pergi melawat baby Tuan Mia Qaisara @ Sara anak Wawa yang aku pegi keduri kat Sik tue..Kami p berdua ja..Saya dan Choi.. Sangat teruja sebab dia sangat chomell sangat sampai tak amik gambar.. huhu ruginya.. bukan senang nak jumpa...     nie jea ada..gambar 3 bulan lepas.. Lagi pun tok sedara ngan mak Wawa ada.. Segan pulak nak Over kan... Hehehehehehehe Lepas main-main ngan baby..dah nak maghrib tue kami layan Setia Hujung Nyawa sementara baby mandi. Rupa-rupanya baby nie memang akan tido sebelum atau selepas maghrib... Jadi memang time dia makan dan tidor.. Lepas maghrib kami pon minta diri untuk balik...   Sebelum balik,kami singgah Jusco Setiawangsa untuk makan-makan. Puas pusing-pusing,kami lepak kat Big Apple..

16.1.2013

Merayu dari Thomas Arya Tahukah engkau betapa ku menyanjungimu tahukah engkau semua cinta tercurah padamu biar bumi membelah dua namun sayangku takkan berubah bukan rayuan semua terucap dari hatiku hanya dirimu slalu menjadi bunga tidurku jangan biarkan ku menunggu hadirlah kasih aku merayu andainya kau dapat ku miliki tak mungkin lagi ku lepaskan kaulah penghuni relung hatiku sayang dan cintaku untukmu berjanji diriku pada cintamu sumpah demi langit dan bumi dirimu akan ku jaga selalu sampai akhir batas waktuku Assalmmualaikum wbt.. Selamat pagi.. Pagi nie baru  balik dari kerja.. penatnya.. semalaman tak tidor.Pesakit yang maha ramai.. Sampai rmahcam biasa la mandi-manda makan..Sambil dok sia tempat tidor..Sampai 1 sms suh cari lagu nie.. Korang pernah dengar tak? Seriusly aku memang tak pernah dengar pon lagu nie.. Dah jumpa pon lagu nie..Rupanya memang top sangat lagu nie..Macamana aku tak tau.. hehehe sian kan..Tapi takpe..kita layan lirik dia yang agak best..

15.1.2013

Assalammualaikum wbt... Selamat petang.. Dok buat apa tue? Semalam sibuk sangat kat tempat kerja.. Mujur lah mata nie boleh pulak bertahan... Jadi balik jer kerja terus membuta sampai tengahari.. Kompem tak lapar.. Bagun baru la rasa lapar yang amat...:P

Syukur Alhamdulillah..

Assalammualaikum wbt... Dengan gembiranya nak share sikit pasal berita baik hari nie.. Alhamdulillah aku dapat mengikuti kursus selama 6 bulan.. bermula bulan Mac nie.. Aish... gentar jugak sebab lama dah tak bukak buku... huhu... Semoga berjalan lancar dan berjaya.. Amin.. Malam nie baru nak p wad ambil surat tawaran....

14.1.2013

Image
10 days to go...       #Buku MERAH janga lupa bawa....

Awak Suka Saya Tak?

Kalau kita ingat kita kaya, Ada orang lain yang lagi kaya. Kalau kita ingat kita cantik, Ada lagi yang lebih cantik. Jangan terlalu sombong dengan apa yang kita ada, Sekejap aje Allah tarik balik. Cinta itu datang tanpa diundang, Perginya tanpa dihalau. Cinta itu pelik dan penuh misteri, Sejuta orang,sejuta pelbagai rasa cinta. Jangan persoalkan bagaiman seseorang  itu boleh mencintai kita. Cinta yang suci tiada jawapannya. CUMA HATINYA DAPAT MERASA. Cinta suci itu ada, Hanya yang bertuah saja akan memilikinya. "CINTA YANG SUCI,TIADA PERSOALAN DA TIADA JAWAPAN.IA DARI ALLAH.HANYA MEREKA YAnG IKHLAS SAJA YANG TERPILIH UNTUK MEMILIKINYA. AJAIBNYA RASA CINTA INI,HANYA  ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI." GO FIND YOUR TRUE LOVE! Berikut adalah kata-kata yag saya petik dari novel " AWAK SUKA SAYA TAK? " Penulisan dari Melur Jelita .Terbitan Karya Seni . Kepada peminat novel tegar,adakah anda sudah mendapatkan naskah ini? Jika belum silalah berbuat dem

13.1.2013

Image
Assalammualaikum wbt... Salam Hujung minggu...hari nie kerja pagi seperti biasa.. Semalam tak boleh tido.. Lepas pusing-pusing kiri kanan atas tilam, selesema la pulak. Bangun mencari ubat selsema.. Dah jumpa terus ambil sebiji dan makan..Jam menunjukkan pukul 3 pagi.. haha ada 3 jam sahaja untuk tidur.. Cepat-cepat pergi basuh kaki,baca doa dan tidur. Hari nie hari Ahad. Pesakit kurang sikit.Kami hanya buat kes kecemasan sahaja. Balik nie nak ke kedai barang perkahwinan. Nak beli dawai kecil untuk siapkan PEARL hand bouquet.. hehe mood sdiy saya sudah mari...:)

Setia Hujung Nyawa Ost

Assalammualaikum.. Salam Sabtu di hujung minggu.. Meh dengarkan lagu yang tengah femes.. cerita SETIA HUJUNG NYAWA.. Dan apa Yang kau mau kan dari ku Telah lamaku kataYang ku cinta sepenuh hatiku Sampai bila Harus aku menunggu cinta mu Dan pabila ku sedari Kaulah yang pertama kucintai Maafkan lah diri ini Jika takdir menjemputku dahulu Hanya saat ini yang dapat menemanimu Dengarkanlah sekali lagi Jika kau tak percaya pada diriku Bilaku berkataI said i love youu.. Dan apa Yang kau mau kan dari ku Telah lamaku kataYang ku cinta sepenuh hatiku Sampai bilaHarus aku menunggu cinta mu Dan pabila ku sedari Kaulah yang pertama kucintai Maafkan lah diri ini Jika takdir menjemputku dahulu Hanya saat ini yang dapat menemanimu Dengarkanlah sekali lagi Jika kau tak percaya pada diriku Bilaku berkataI said i love youu.. Maafkan lah diri iniJ ika takdir menjemputku dahulu Hanya saat ini yang dapat menemanimu Dengarkanlah sekali lagi J ika kau tak percaya pada dirik

11.1.2013

Image
  Salam Ceria.... Semoga hari-hari mendatang meceriakan hariku..

10.1.2013

Image
    Assalammuaaikum wbt.. Peace for today... nie gambaq lama sebenarnya.. dok bukak sana sini.. terjumpa gambaq nie... kredit to : mystepped production Dan.. Selamat Hari Lahir buat kawan saya Encik OG.. Semoga dimurahkan rezeki dan dapat baby cepat...

9.1.2013

Image
Assalammualaikum wbt.. Hari nie hari cuti aku... Lepak atau pun berkurung kat rumah sahaja.. Hanya melayan cerita korea kegemaran aku.. Melayan cerita baru yang aku ada.. Semoga ianya merupakan saat-saat manis tatkala usia melangkah mara.. Kalau bab melayan cerita korea memang tak boleh belah.. Masuk jer waktu solat.. Terus ambil wuduk.. Solat dan terpacak balik kat depan TV.. Malamnya terima panggilan dari mummy sayang.. Macam biasa..cerita itu ini kami sembang.. Terselit soalan yang "SAMA" Lants aku memberi jawapan macam biasa.. Digelakkan oleh mummy lagi... Mummy sayang,doakan anakmu yang sorang nie yea.. Bertemu seseorang yang akan menantu pilihanmu.... Hari nie tak dapat aku balik ke Penang kerna lusa aku sudah berkerja.. Insya Allah bulan hadapan baru dapat pulang... Maaf lah kalau ada yang tak sudi dengar ayat "Balik Kampung" Itu dah menjadi rutin setiap bulan tau lebih kerap lagi setiap dua minggu... Sungguh aku suka balik kampung.. R

8.1.2013

Image
Assalammualaikum wbt.. 8.1.2013.. Birthday my little sister.. Norfadila Ibrahim.. Selmat Hari Lahir ADEQ.. Semoga harimu senantiasa diberkati Allah.. Dipertemukan jodh yang baik.. Dimurahkan rezeki.. Semoga impian menjadi kenyataan.. Jadilah insan yang berguna.. I LUV U MY DEAR..n miss to see U..

7.1.2013

Image
Assalammualaikum... Pada hari nie.. Aku bertugas di malam hari.. Huish... tak sangka sungguh ramai pesakit booking untuk dialysis malam nie.. 2 muka surat full house.. Alahai.. kesiannya..tak dapat nak panggil semua dalam 1 hari nie... Mesin pon tak cukup... Kami terpaksa memilih kes kecemasan sahaja,yang selebihnya dibawa ke hari kemudian.. Dalam kesibukan tue macam-macam kerenah pesakit aku nie.. Layan kan aja yang mana boleh.. Sesat pulak sorang pesakit dari Penang layan kan aje..:) Sampai dia tido.. Dan aku masih bekerja..

Adamu..Najwa Latif..

Merenung ke luar jendela Melihat kebesarannya Mensyukuri segala nikmat Yang dikurniakan di dunia   Kau berikan ku kekuatan Tuk berpegang pada jalan Walau penuh dengan cabaran Ku tahu ku adaMu Tuhan   Kerna kau yang satu Yang setia bersama ku Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu   Ku tahu ku adaMu Ku adaMu selalu Kerna kau yang satu Yang setia bersama ku Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu   Ku tahu ku adaMu Ku adaMu selalu   ku merenung ke luar jendela Melihat kebesarannya Walau penuh dengan cabaran Ku tahu ku adaMu Tuhan

6.1.2013

Image
  Assalammualaikum wbt.. Selamat Malam.. Sudah menonton AJL? Tahniah buat Yuna,Hafiz,Black,Azlan and The gang..   Hari nie kerja pagi.. Dengan menaiki wave 125 mambang hijauku.. Selalu pergi kerja pakai kaca mata hitam. Hari tak pakai sebab hari masih gelap. Bawak moto dengan selumbernya..   Sampai tempat kerja,tak ada pesakit yang mendaftar lagi.. Buat apa yang patut dulu.. Terima panggilan dari wad.. Melakukan tugas seperti biasa...   Alhamdulillah tak ramai kes kecemasan hari nie.. Siap kerja terus balik.. Tapi aku tak pulang terus.. Singgah di Plaza GM.. Ada barang untuk di ambil.. Semasa pulang.. Cuaca sanga panas dan terik sekali... Hitam kulit-kulit.. Masa nie baru pakai kaca mata hitamku.. wahhhhhhhhhhhhhh..... SUKAnya... dapat tengok awan nano nano nano nano yang berkepul-kepul.. macam ais kepal pon ada.. Apa lagi,seluk bag degan tangan sebelah di handle moto.. Snap slow-slow sambil dok tengok kereta.. Yeay.. t

5.1.2013

Image
Assalammualaikum wbt... Selamat pagi.. Hari nie aku dah janji dengan seseorang untuk jumpa dekat area KL nie. Terus bangun dan pergi mandi dan terus siap-siap. Sebelum tue macam biasa sarapan B'Young aku walaupun tak makan makanan lain. Bunga tak dak,apa pun tak dak.. Nak buat apa pulak menda semua tue? Sebenarnya hari nie kawan sekolah tadika merangkap kawan sekelas di sekolah menengah dulu telah tamat latihan sebagai seorang SARJAN di PULAPOL,Jalan Semarak Kuala Lumpur. Alhamdulillah.. Tahniah geng.. Sampainya aku kat Pulapol,acara perbarisan semua dah setel. Hanya menunggu bergambar dan berjumpa ahli keluarga. Sebelum tue aku telefon emaknya supaya dapat jumpa tempat yang mereka tunggu. Dah jumpa,bersalam-salaman dengan mak,isteri dan adiknya. Ala..si baby pulak tido...Cuaca agak panas ketika itu. Kalau hujan,agak sukar bagi ahli keluarga untuk berjumpa dengan pelatih. Setengah jam menanti,barulah dapat jumpa Encik Saiful.Hampir tidak ku kenali. Dulunya agak put

4.1.2013

Image
Assalammualaikum wbt.. Selamat Malam.. Semalam tidur lambat,jadinya hari nie terasa nak tidur awal.Ngantuk sungguh.. Seperti hari-hari sebelum nie,ditugaskan pada sebelah petang. Nak motor ke tempat kerja.. Kali nie siap pakai ray ban... yang bestnya...dapat tengokawa berkepul-kepul... Subhanallah.. Cantiknya kalau tengok dengan memakai ray ban...SAYA SUKA.. Kaau cam gini,nak kerja petang aja lah.. Boleh tengok awan hari-hari sambil naik moto... hehehe Sekian..

Permintaan Hati 2013

Image
Wish list 2013 1. Menjadi hamba Allah yang lebih baik. 2. Menjadi anak yang Solehah buat kedua ibubapa saya. 3. Menyempurnakan hasrat ibubapa saya untuk melihat saya dimiliki seseorang dan membahagiakan mereka. 4. Mengikuti kursus Perawatan Renal dengan jayanya. 5.  Menambah amal ibadat saya. 6. Tidak menyakiti insan yang saya sayang. 7. Menjadi seorang pekerja yang cemerlang. 8. Mengunjungi tempat-tempat yang menjad idaman. 9. Makcik yang baik kepada bakal anak saudara saya. 10. Mengharapkan pintu hati saya terbuka dan Allah mendengar, memberkati,mempermudahkan permintaan saya.   Buat anda, laksanakan impian anda jua.. Semoga sama-sama kita berjaya dan diberikan kesihatan yang baik.. Amin Ya Rabbal 'alamin..

3.1.2013

Image
Assalammualaikum wbt.. Selamat Pagi.. Selamat tahun baru..3.1.13 Dah sarapan ker? Nasi Lemak? Roti Canai? Karipap? apa-apa jea kan yang boleh di makan.. Sarapan pagi,haruslah di ambil lebih sedikit agar penggunaan tenaga yang maksimum dapat digunakan untuk sepanjang hari.. Hari nie menghantar sepupu ke sekolah,kebetulan aku bekerja pada sebelah petang. Alhamdulillah tahun nie memang ada perubahan sedikit.Aku rajin pula bangun awal..Syukur.. Lepas menghantar sepupu ke sekolah,aku singgah membeli kuih kat tempat yang selalu aku singgah bila abis kerja malam. Karipap,tepung bungkus,lepat ubi,kuih bom menjadi pilihan.. dan dua bungkus nasi untuk macik dan anaknya dan sebungkus bihun goreng untuk diri sendiri. Balik rumah terus mecapai sepaket byoung pagi dan terus minum.Sejam selepas itu barulah bersarapan.. Minggu nie direct kerja petang.. Hari Sabtu nie bercadang nak ke Pulapol melawat kawan aku Saiful yang tamat latihannya sebagai seorang anggota polis. Nasib la kalau dap

1.1.2013

Assalammualaikum wbt,Selamat Malam.. 1 Januari makin hampir ke penutupnya... Hari nie bercuti tapi tetap kene pegi hospital melawat orang sakit... Semoga cepat sembuh yea.. Dia adalah kakak pakcik yang dah berumur 80 tahun...Menurut Doktor ada darah beku dikepala..Ya Allah.. Dr menyarankan agar di operasi.. tapi pihak keluarga masih dalam pertimbangan..Sy yang drive sebab pakcik pon tak sehat.Demam.. Tapi sebelom tue kami p sarapan Nasi Kandari di Restoran Kudu kat area kl.. 2nd Teman membe sy Cik Intan kita membeli belah barang-barang yang diperlukan.. Tapi malangnya tak dapat berlama-lama..MGM dah tunggu...oke.. len kali mai lg na...:) Lepas Cik Intan balik,singgah kat kedai roti dalam Sogo jap beli roti fabret...