Posts

Showing posts from 2011

..Nak perhiasan Cantik tak semestinya MAHAL..

Image
koleksi Rhodium yang menawan... syantik uoolllss... Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera... Sehat ka semua? tQ pada yang sudi mai melawat blog saya nie.. kat sini saya suka share tentang perhiasan utk wanita khususnya..nak cantik tak semestinya kena beli yang mahal-mahal kan... tapi bagi yang berkemampuan mereka bebas membeli dan memakai apa saja... tapi bagi saya.. saya lebih suka dapatkan perhiasan yang menawan tetapi harganya lebih murah dan berpatutan.. yang penting kualitinya.. So.. saya dah pun memiliki beberapa set barangan di atas.. sangatkan BEST bila memakainya.. Anda mau juga? Email saya untuk tempahan dan selanjutnya.. iena_png@yahoo.co.uk :D TQ yer..

..Manisnya CINTA..

Image
Assalammualaikum wbt dan selamat pagi... aishh... tetiba ja keluarkan tajuk cam gitu kan... tak der ape lah.. saja ja.. sebab baru lepas baca kad kawen kawan-kawan yang akan melansungkan hari bahagia mereka tak lama lagi.. Alhamdulillah sy tumpang happy buat semua kawan-kawan yang dah melangkah ke status "SUAMI ISTERI" peliharalah sebaik mungkin.. chewaahhh... Dalam tengah sibuk-sibuk buat asegmen,ternampak 1 dokumen lama yg tersimpan lam pen drive yg 1 nie.. haaa... sure la kan ada ayat-ayat dengan someone yang pernah rapat dahulu.. bila baca balik,sedey,happy n pelik pon ada.. apa tidak nya.. akibat tiada keberanian mmg segala hasrat terpendam tak dapat diluahkan dengan cara yang betul dan pada waktu yang betul.. tapi semua tue adalah pengalaman.. tahu pandangan orang tentang kita lebih membuka minda utk kita menerima sesuatu walau apa jua keadaan.. Alhamdulillah sahabat-sahabat yang pernah rapat dahulu telah melayari alam rumah tangga dengan jayanya.. Syukur.. Bagi aku,sem

..Ingin Badan Sehat Idaman?...

Image
Assalammualaikum wbt,Selamat Pagi... Hari nie nak share tentang Macam mana nak sehat... Dengan pengamalan semua produk yang dibawah,insyallah anda akan bertambah sihat... Saya adalah pengamal setia dan hasilnya pasti menakjubkan.. anda sudah mengamalkan nya? usah tunggu-tunggu,usah nanti-nanti.. dapatkan segera! Pelihara sihat anda demi orang tersayang.. wajib dan tak pernah tinggal yg nie... backup utk kulit usus n saraf halus.. Menakjubkan bagi yang ingin badan idaman... HAYATILAH... Aku ingin SIHAT.. Dulu aku seperti kamu Lincah, ligat, tegap, berwawasan Idea mengalir laju, fikiran kritikal-kreatif, mengalahkan Profesor Tutur kata jelas, meyakinkan, mengalahkan Pengarah Pemasaran Ditolak tak jatuh, dicabar tak kecundang Aku SIHAT Kini aku berbeza, Seringkali terkapai-kapai, tercungap-cungap meminta nyawa Agiliti minda pudar, tekanan sedikit, bisa menewaskan Aku bukan tua, sekadar kurang daya-upaya, lemah sedikit di sini sana Tubuh mudah kalah Minda sering berdarah Aku kehilangan SIH

..My BFF Hantaran..

Image
syomel tak? Hand bag ngan kasut google n iphone telekung belt n wallet sejadah Al-Quran Assalammualaikum wbt dan Selamat Malam.. Just nak sharekan hantaran yg telah sy buat utk Pn Buzu n En Dzul.. yang kuning adalah dari pihak perempuan.. dan yang pink purple dari pihak lelaki.. so amacam? ok tak hantaran cam gini...

..Tahniah untuk MY BFF..

Image
Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera... Gambar ehsan photographer.. en. black.. Tahniah buat my BFF Pn Zulia dan Encik Dzul telah selamat menjadi suami isteri yang sah pada 26.11.2011.. Maka kreativiti sy telah tercurah melalui hantaran yang telah siap sedia pada hari kenduri tersebut.. nak upload pic hantaran nie masih belum ada.. insyallah akan di upload kemudian.. TQ kerana mempercayai kreativiti saya.. :D Apa khabar anda semua.. pastinya sedang sibuk melaksanakan tugas masing-masing kan... semoga semuanya di permudahkan.. Dan jangan lupa menjaga kesihatan anda dan keluarga anda yea dengan makan makanan seimbang serta melakukan senaman pada hujung minggu..:D

..Untuk yang ingin mendapatkan ZURIAT dan meningkatkan kesuburan..

Image
Asssalammualaikum wbt.. Salam Sejahtera.. Apa khabar semuanya..? maaf la saya agak sibuk dengan urusan seharian.. Terima kasih pada yang sudi berkunjung ke blog saya.. Di sini saya selaku pengedar barangan kesihatan Zhulian ingin berkongsi info tentang wanita yag masih belum mempunyai zuriat..Dengan pengambilan Spirulina greenlex . Makanan Lengkap yang Kaya Nutrien > Setiap tablet mengandungi 200 mg Spirulina platensis Disahkan Organik. > Spirulina Disahkan Organik. > Makanan Lengkap Kaya Nutrien dan Seimbang. > Sistem Kawalan Kualiti yang Ketat. > Mudah dan Tersedia untuk Dicernakan. Terdapat satu kajian (Kistanova et al, 2009) menunjukkan keupayaan spirulina menambah prestasi reproduktif pada khinzir hutan yang diternak di Bulgaria. Khinzir jantan baka ini ditugaskan untuk mensenyawakan beberapa puluh ekor khinzir betina, maka amat perlu bagi khinzir ini menjadi sihat dan subur. Selama 40 hari spirulina telah dibekalkan ke dalam diet enam ekor khinzir jantan, kemudian

Ingin S.I.H.A.T ?

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera.. Selamat Hari Raya Aidiladha.. Diharap anda sihat-sihat hendaknya.. Di sini saya nak berkongsi bagaimana untuk kekal sihat dan menawan.. Berikut adalah apa yang terbaik yang pernah saya cuba.. Hasilnya sangat HEBAT.. Semoga anda kekalkan sihat hingga usia seberapa pun.. Anda ingin TUA dikaitkan dengan SAKIT atau TUA dikaitkan dengan SIHAT.. Buatlah pilihan mulai sekarang..Mulai kekalkan sihat anda sekarang dengan rangkaian produk kesihatan yang HEBAT ini.. S : Superspesialis Greenlex; Memo-complex, i-complex, spirulina (Nutraseutikal suplemen) I : ISO3, 5, 7: Makanan berfungsi khusus H : Himpunan makanan berprestasi tinggi: SSSolution, vegivera, Royalmix A : Agen anti-tua : B'Young T : Transformasi minda + Amalan berterusan Diharapkan ringkasan SIHAT ini dapat memudahkan semua mengingati dan mendalami produk berfungsi Zhulian. Fomula EASSSA.. E: Elakkan makanan sumber haiwan, tinggi gula dan karbohidrat terutama selepas pukul 9 malam.

..baru jea cakap...

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera... Artikel lalu saya telah menceritakan tentang kematian saudara akibat kanser hati.. kali nie benar-benar terjadi pada teman sekerja yang mengalami komplikasi pada jantungnya. Memang tak sangka akan jadi teruk sampai macam tue.. mulanya hanya tekanan darah rendah saja, di tambah dengan sakit dikepala.. pada satu hari.. kawan mengadu letih lesu.. apabila tekanan darah di periksa, makin rendah.. nadi pula makin tinggi... dia di suruh berehat di atas katil pesakit.. Pemeriksaan jantung dilakukan.. setelah dilihat oleh doktor,ada perubahan pada carta ecg.. terus kami menghantarnya ke unit kecemasan.. kemudian di tempatkan di unit rawatan rapi untuk pesakit jantung..:) umur masih muda 31 tahun.. Alhamdulillah sekarang makin pulih.. semuanya ada bahagian masing-masing.. untuk anda,pelihara sihat kita kerana ia satu anugerah..insyallah Allah akan memberi nikmat lain dari segi rezeki yang melimpah-ruah..:)

..deCo fOr mY Bff..

Assalammualaikum wbt n selamat malam... Alhamdulillah.. kenyang sudah makan malam hari nie.. now time to deco hantaran my BFF yang akan melansungkan majlis pada hujung bulan 11 nie... harap-harap dapat memenuhi citarasa mereka n selesai dalam masa yang pantas nie..so... maaf la tak dapat nak upload pic sebab nfon ai sudah masuk sungai..:) Untuk anda.. sehat ka? harap-harap semuanya berada dalam keadaan sehat.. seorang lag sedara saya telah menjalani pembedahan kanser payudara... sungguh cepat merebak dan silalah berhati-hatai wahai anda semua.. Minumlah air yang dirawat sekurang-kurangnya dapat mencegah dari terkena Penyakit Kanser..Amalkan pemakanan berfungsi tahap sel yang boleh merencatkan sel kanser.. INGAT TAU.. MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI.. bila dah mengalami,barulah anda akan menyesal.. Jaga pemakanan anda,tidur anda serta persekitaran yang sihat... Take Care Tau.. KESIHATAN AMAT MAHAL JIKA TIDAK MENJAGANYA DENGAN BAIK.. sekian..TQ :)

..Pernah terfikir akan kena Penyakit PEMBUNUH NO 1 itu..

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi.. Apa khabar semua.. harap anda semua sihat-sihat di samping insan tersayang.. lama tak berkongsi bicara di sini.. 2 hari lepas,diberi perkhabaran yang tidak menyenangkan hati kecik ku ini.. Sungguh tak ku sangka seorang kakak sedara ku telah meninggal akibat kanser hati.. permulaannye entah bila,tetapi akhirnya dah tau masa stage 4..memang dah teruk.. hanya menanti dijemput kembali oleh-Nya.. Al- Fatihah.. Semoga rohnya dicucuri rahmat.. Buat anda seorang wanita..lakukan ujian yang sepatutnya untuk mengesan abnormal pada diri anda.. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah salah 1 cara untuk menghalang dari terkena kanser dan minumlah air yang dirawat mengelak dari klorin yang berlebihan boleh menyebabkan kanser.. Amalkan makan B'young dan minumlah air hidup semulajadi Beyond Water Bio-activ Reforming System.. buatlah pilihan sebelum anda terpilih mengalami penyakit KANSER.. MENCEGAH lebih Baik Dari MENGUBATI..:)
Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia.... Apa yang nak di luahkan di sini adalah sipi-sipi apa yang ku rasa.. Maaf andainya ada bait-bait kata yang menyentuh hati kalian yang membaca.. Dari kecik saya di asuh oleh keluarga tersayang.. makin hari makin dewasa.. walaupun apa yang telah dicurahkan oleh mereka sedikit sebanyak terserap kepada aku.. mungkin aku bukanlah anak harapan namun aku bangga punya keluarga seperti mereka.. Sentiasa memahami.. Namun bagaimana mahu jadi seperti mereka.. diri Yang kurang sabar ini.. yang selalu sahaja membuat onar dalam sedar mahupun tidak.. Aku bukanlah sempurna.. namun ku tahu ku akan sentiasa membuatkan sesuatu menjadi sempurna dengan apa cara sekali pun.. Tiada tempat lain yang hendak ku mengadu..Hanya padaMU Allah.. Kau berikanlah ketenangan hati dalam apa yang ingin aku terima kemudian aku sampaikan pula pada mereka demi kebaikan bersama.. Bersyukur aku pada-Nya yang Esa.. namun aku masih lagi belajar erti hidup... Ingin aku jejakkan kaki ke R

Jantung Sihat Bermula Di Rumah..

Assalammualaikum wbt dan selamat malam... Just nak share tentang artikel yg sy jumpa dalam laman web KKM.. :) Jom baca! “JANTUNG SIHAT BERMULA DI RUMAH” HARI JANTUNG SEDUNIA 29 SEPTEMBER 2011 Penyakit Kardiovaskular (iaitu penyakit jantung dan strok) adalah penyebab utama kematian di hospital-hospital KKM. Pada tahun 2010, 25.4% (11,812) kematian adalah akibat penyakit kardiovaskular. Penyakit kardiovaskular juga adalah penyebab utama kematian pra-matang di hospital-hospital KKM, di mana kira-kira 35% dari kematian akibat penyakit kardiovaskular berlaku di kalangan individu berumur kurang dari 60 tahun. Selain impak yang negatif terhadap kualiti hidup, penyakit kardiovaskular menambahkan beban ekonomi individu, keluarga dan masyarakat, serta mengurangkan produktiviti negara. Secara keseluruhan, lebih dari 90% pesakit dengan penyakit jantung di Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya satu faktor risiko penyakit kardiovaskular yang utama iaitu: Tabiat merokok Menghidap hiperten

..Apa pun HATI KENA IKHLAS..

Assalammualaikum wbt...dan Salam 1 Malaysia.. Apa khabar semua? harap-harap sehat-sehat belaka yer... Kalau tak sehat,sila dapatkan rawatan segera... Hari nie nak cakap bab HATI dan IkHLAS... dua-dua perkara nie memang tak boleh dipisahkan.. Untuk berbuat sesuatu perkara mestilah datang dari hati,dimulakan dengan niat.. barulah kita akan merasa ikhlas.. Memang ada pepatah mengatakan jika ikut hati,akan mati.. ini berkait rapat dengan perkara yang buruk jika kita tidak dapat berfikir dengan waras menyebabkan kita akan bertindak secara luar kawalan dan akan membawa kebinasaan.. Maka hati selalulah kita pelihara dengan mengingati Allah,zikir serta melaksanakan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi dan akhirat.. Begitu jua empunya diri,pabila sesuatu perkara mendatang yang menyebabkan hati kita resah.. cepat2 kita melaksanakan solat agar di beri ketenangan..maka dapatlah membuat keputusan sewajarnya.. Kini aku di Pulau Pinang.. kepulanganku tadi amatlah terasa rindu pada tanah t

..Keberkatan Rezeki..

Image
Assalammualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia.. Apa khabar semua.. alhamdulillah,di harap semua sehat hendaknya..tertarik sy nak share artikel nie.. jom kita hayati..:) Orang beriman tak takut belanja harta ringankan beban golongan memerlukan KEKAYAAN tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta dan rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak serta mencukupi. Sebaliknya, tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta. Dalam satu kisah, diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan pada lengannya. Baginda menepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman: “Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya? Nabi Ayub menjawab, “Ya benar; demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatan-Mu”. Kisah ini menegaskan pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan Allah. Cara mendapatkan keberkatan daripada Allah, antaranya: •Bersyukur atas apa yang diberikan Allah. •Belanjakan harta pada jalan dir

Hidup dan pilihan

Image
cilok pic by encik yahoo... tq Andai kamu masih hidup,memang tak kan lari dengan membuat pilihan... Setiap apa yang kamu pilih mempengaruhi apa yang kamu bakal hadapi seterusnya.. Memilih perkara yang baik semestinya dituntut agar mendapat result yang baik.. andai memilih perkara yang buruk,sudah pasti ianya akan mendapat result yang tidak baik... Setiap pilihan terletak pada diri sendiri. Begitu juga aku.. tak kan lari untuk membuat pilihan apa sahaja dalam hidup.. Aku percaya semua ini adalah dugaan serta ketentuan dari-Nya. Terdapat sebab dan asbab yang mempengaruhi setiap pilihan kita.. Untuk membuat pilihan, kita perlulah sentiasa berada dalam keadaan tenang,memohon kepada yang Maha Esa agar dipermudahkan membuat pilihan.. Berat telinga mendengar,berat lagi otak yang ligat berfikir tentang penyelesaiannya.. Setiap pilihan yang akan dibuat adalah berlandaskan kebaikan serta petunjuk dari Dia. Walaupun pilihan kita tak seperti yang diharapkan,pasti terselit sedikit kebaikan dan kege

5.9.2011

Image
Pada tarikh ini,kehadiran orang baru yang amat dnantikan oleh pasangan Azah dan Riz telah lahir.. Bayi lelaki,sudah pasti amat menyenangkan hati mereka terutama si ayah.. Tahniah..! Semoga kehadiran orang baru memeriahkan lagi keluarga kedua-dua belah pihak.:)

Menyambut Aidilfitri 4.9.11..

Assalammualaikum wbt dan Salam kemerdekaaan.. Tamat waktu kerja malam,aku bergegas pulang untuk mendapatkan tiket ke kampung.. Memang banyak lagi tiket memandangkan ramai yang pulang beraya menaiki kenderaan masing-masing. Bus pulak buat spoil.. tiket jam 7.45 pagi, bus pulak yang datang jam 8.30pagi.. Sampai penang dalam kol 2 petang.. Sesampai ja,adik datang ambil.. perjalanan dari KL-Penang sangatlah lama rasanya.. driver memang tak bawa macam biasa.. slow motion ja.. Sampai ja rumah,dah penuh tetamu yang datang.. aku terus bersalam-salaman dengan semua..Perut dah mula keroncong sebab makan roti jer dalam bas.. Apa lagi,aku makan Mee Kari yang panas-panas baru masak tue. SEDAPNYA... Lepas tu rehat-rehat jap,baru aku pegi bersihkan diri,pakai baju raya.. dari petang sampai ke malam,keja aku melayan tetamu,basuh pinggan mangkuk,hidang makanan,sembang-sembang ngan sedara mara,topup kueh raya n buat air... wah.. besh besh sampai sakit tumit kaki hehehe Syioknya walaupun lambat balik ber

..Selamat hari raya Aidilfitri...

Image
Assalammualaikum wbt... Salam Aidilfitri buat sekeluarga serta sahabat sekalian... Maaf Zahir & Batin andai tersilap n salah dari segala sudut... Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan serta keceriaan buat semua.. Sambutlah dengan hati yang tenang... tulus ikhlas dari > iena_png @ mamapink07 <

..Hebatkan Raya anda..

Image
Assalammualaikum wbt... Memperkenalkan... Rangkaian BEKAS PENYIMPANAN MAKANAN SMARTSEAL . Terdiri daripada 9 bekas yang berbeza. Ia diperbuat daripada polipropilena berkualiti tinggi dan bahan Getah Elastomer Termoplastik (TPER) yang dipilih teliti dan tidak bertoksik agar memenuhi piawaian keselamatan antarabangsa dan ianya disahkan oleh U.S. Food and Drug Administration (FDA) serta Korea Environment & Merchandise Testing Institute (KEMTI) untuk kebersihan dan keselamatan. Bekas penyimpanan makanan ini direka khas dengan pelbagai ciri unik demi memenuhi keperluan para pengguna. BEKAS PENYIMPANAN MAKANAN SMARTSEAL yang kedap udara dan anti-bocor ini juga ideal untuk menyimpan makanan yang dibawa ke sekolah, pejabat atau untuk mengekalkan kesegaran makanan yang dibawa berkelah atau bersiar-siar. Hanya Rm 299 sahaja untuk anda memilikinya... Mudah.. Berkualiti.. Hubungi iena_png@yahoo.co.uk untuk dapatkan yang terbaik buat keluarga anda..

..4 hari sudah..

Assalammualaikum wbt dan Selamat Petang... Dah 4 hari berada di bumi Penang..berbuka bersama keluarga,bersahur bersama keluarga.. cepatnya masa berlalu.. Tak terkejar akan nya.. Alhamdulillah bebrapa jenis kueh buat juadah hari raya sudah tersedia.. menanti tetamu berkunjung di hari raya nanti... Tahun nie aku akan beraya di Kota Metropolitan Kuala Lumpur.. Seperti tahun-tahun yang lalu.. kami akan memakai baju raya ke tempat kerja..:) menyambut raya bersama-sama pesakit yang ada.. Berkongsi juadah bersama-sama.. Best jugaak kan..:) Seminggu kemudian barulah aku pulang beraya di kampung..:) Aku sudah biasa..:) hehehe esok pagi aku akan pulang ke kl..:) semoga semuanya berjalan lancar..

Ramadhan bakal berlabuh... Syawal pula menjelma..

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi... Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya kita sudah berada di pertengahan ramadhan.. Semoga diberkati segala ibadah yang kita lakukan.. Now i'm in Penang... beshnya,terubat segala rindu nak berbuka bersama keluarga,bertarawikh...Alhamdulillah baru selesai buat persiapan raya bersama keluarga.. buat koi @ kuih raya.. yum yum... seperti biasa yang wajib kami buat ialah biskut kurma cornflake,biskut nestum,biskut corocon,almond london,short break n beberapa jenis lagi.. yang bnie memang home made tau... now time to sleep... esok sambung almond london pulak then sebelah petang teman my sister,hubby dia n adik p shopping raya...So awak semua dah siap-siap ker nak beraya...?lagi beberapa hari Syawal bakal menjelma..:)

..Iftar bersama BFF..

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi... Hujan turun begitu lebatnya selepas aku pulang dari melawat sepupuku di Taman Samudera.. Muda-muda dah dapat penyakit.. Tapi anggaplah ia sebagai ujian dari Yang Maha Esa.. Semua ada bahagian masing-masing..buatlah persediaan sebelum terlambat... Semalam,saya mengambil kesempatan beriftar bersama beberapa orang sahabat.. Kami ke tempat kegemaraniaitu di Jeram Kuala Selangor..Alhamdulillah sangat bersyukur di beri kesempatan bertemu sahabat-sahabat semua.. selain itu dapat jua aku berkongsi cerita bersama mereka.. Bagai bertahun lamanya tak jumpa.. Masing-masing punya kualiti masa tersendiri.. Makanan semuanya telah di order oleh En Firdaus a.k.a Capang n kawannya.. walaupun berada jauh di belakang,namun kami masih punya tempat yang selesa..Saya datang bersama Cik Buzu n Encik DF dan encik Hamzah.. Walaupun sesat, sampai jua En Hamzah ke destinasinya..:D Sungguh manis saat itu... :) Miss U All...

..PROMOSI HAMPER KESIHATAN LESTARI AIDILFITRI..

Image
Assalammualaikum wbt.. dan selamat petang.. Nak Buat Promo nie.. Saya ada buat hamper saya namakan HAMPER KESIHATAN LESTARI AIDILFITRI.. terdiri dari barangan kesihatan seperti Jus ManggO ,Oren, Anggur Hitam, Kurma, Kiwi, Limau Nipis, Ros Gula Fruktosa Vitamin C Losyen Ginseng & Vitamin C Minuman Bijirin dan Lighzi Minuman KOKo Kopi Ginseng Teh Misai Kucing harga dari rm150-rm300 untuk tempahan, email saya di iena_png@yahoo.co.uk Ceriakan Hari Lebaran Dengan Kesihatan Lestari..

..3 ramadhan..

Assalammualaikum wbt dan Selamat berpuasa... seperti biasa 2 hari nie aku memenuhi aktiviti harian dengan berehat-rehat di atas pelapik tilam 7 terapi bio-ion contiago di rumah makcik aku..sengal-sengal tue memang tak bleh nak lari... Untuk mengelak dari badan aku masuk angin akibat jatuh moto hari tue.. moto memang tak sentuh lansung... keje aku bagun,sahur, baring,bangun melawan anak buah yang makcik asuh,melayan FB,BLOG,EMAIL dan mengambil tempahan dari rakan-rakan.. Bermula tahun ini aku pengguna setia produk SS Solution,B'Young Functional Baverage,Pelapik Tilam,Beyond Water serta lain-lain lagi.. Seperti yang di sarankan.. Aku bangun sahur jam 4.30 pagi. 1 paket B'Young pagi aku ambil.. Jam 5 pagi aku mengambil makanan sederhana seperti nasi dan lauk-pauk.. 5.30 pagi sebelum imsak aku mengambil 1 paket SS Solution dan 1 paket ISO7. seterusnya 1 kapsul memo complex serta 1 kapsul i-complex.. Semua nie membuatkan hidup ini lebih sihat.Jauh dari makanan yang berlebihan kandun

..2 Ramadhan..

Maseh Sengal-sengal badan nie ha... Semoga cepat sembuh..:) •Diriwayatkan daripada Siti Aisyah r.a bahwa Rasulullah s.a.w apabila hampir ke tempat tidurnya, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya, lalu menghebuskan kepadanya seraya membaca: a) Surah Ikhlas b) Surah Falaq c) Surah Nas Kemudian menyapu kedua telapak tangan tadi keseluruhan badannya, yakni mana yang tersampai, dimulakan dari kepala dan wajahnya dan mana yang sampai dari badanya, dibuatnya begitu sampai tiga kali. Berkata Aisyah lagi: Apabila beliau sakit disuruhnya aku membuat semacan itu kepadanya (Riwayat Bukhari dan Muslim) •Kami meriwayatkan Daripada Siti Aisyah r.a. bahwa Nabi s.a.w apabila ada orang yang mengadu sakit, ataupun ada tumbuh bisul atau ada tanda luka, beliau meletakkan hujung jari telunjuknya ke bumi, sebagaimana yang diberitakan oleh Sufyan bin Uyainah perawi Hadis ini, kemudian diangkatnya seraya mengucapkan:Artinya: Dengan nama Allah, tanah bumi kita, dengan air ludah sesama kita, sampai sembuh

..Faedah Puasa : DETOKSIFIKASI..

Image
Puasa menyumbang kepada detoksifikasi. Semasa berpuasa dan dalam keadaan makanan tidak tersedia kebanyakan tenaga didapati dari karbohidrat dan lemak yang tersimpan dalam badan sebagai rizab (reserved). Sumber rizab karbohidrat akan digunakan dulu, diikuti oleh lemak. Oleh kerana banyak toksin terlarut dalam lemak rizab, maka pembakaran lemak rizab akan menggalakkan detoksifikasi toksin ini. Toksin persekitaran seperti racun rumpai, hormon, xinoestrogen dan sebagainya akan dibuang bersama lemak rizab. Makin banyak lemak dibakar, makin banyak detoksifikasi berlaku. Bagaimanapun, ada golongan yang malas bersahur. Ini bermakna rizab karbohidrat habis digunakan dan lemak digunakan ke tahap maksimum hingga hampir habis, lalu memaksa badan mencari alternatif tenaga dari otot. Otot tidak sepatutnya dibakar semasa berpuasa. Hanya mereka yang kebuluran memecahkan otot untuk tenaga. Bersahur membantu badan memelihara otot, dan SSSolution membekalkan asid amino sumber wei (protein sensitif haba d

..Gedebukkkkk....

Image
Petang tadi,semasa aku dalam perjalanan hendak ke Plaza Idaman,Jalan Genting Klang, kereta depan aku tetiba brek mengejut sebab nak masuk simpang sebelah kiri... Ya Allah, aku juga terus brek mengejut dan menyebabkan motosikal aku hilang kawalan... suara brek mengejut membuatkan aku ngeri ditambah pula dengan keadaan jalan yang agak licin ... "Gedebukkkkk" aku rebah ke atas tar terbalik bersama motosikal ku...beratnya... cemas aku dibuatnya.. sedikit minyak tertumpah ke atas jalan.. Aku gagahkan diri untuk bangun menolak motosikal ke tepi jalan,Syukur kereta di belakang aku berhenti memberi ruang untuk aku ke tepi...Syukur tiada luka parah yang aku alami cuma luka terjatuh di bahagian lutut serta lebam-lebam... Masyallah.. sungguh tidak ku sangka seawal Ramadhan ini aku telah di uji.. Namu aku redha,setiap ujian ini pasti ada hikmahnya.. Aku meneruskan jua perjalanan ke Plaza Idaman untuk berjumpa rakan ku.. Walau pedih sedikit luka di lutut, sengal bahagian kaki amat terasa

..Salam Ramadhan Al-Mubarak..

Image
Assalammualaikum wbt dan Selamat Berpuasa... Semoga bulan Ramadhan di penuhi dengan keberkatan,rezeki yang melimpahruah buat anda semua... sama-sama mengimarahkan bulan ramadhan..:)

..Wajib makan kalau ada kat Penang...

Image
Assalammualaikum wbt dan selamat malam.. hurm.. ada yang tengah tdo kan... ada yang tak reti nak tdo macam iena nie... Balik Penang jer sure program diet dimansuhkan... apa tidak nya,masa nie la kena menikmati makanan yang BEST-BEST belaka.. antaranya... Pasemboq Padang Kota Ikan Bakaq @ 3 rasa Cool Cha di Restoran Kapitan Nasi Kandaq Penang Lauk telur sotong n ayam goreng Yummy... macam mana la nak diet kalau ada kat sini.. semua nak makan... Semalam kami sekeluarga keluar makan kat Bangkok Tomyam... Memang sedap makanan kat sana,kami order ikan siakap 3 rasa,tomyam,sup sayur,ayam goreng gajus,telur dadar,kailan ikan masin.. fuh.. kenyang.. nasi sikit jer,tapi asyik meratah lauk jea la.. Hari nie,tengah hari adik bawa balik Nasi Tomato dari ofis kakak.. bedal lagi tuk makan tengahari.. cuma aku,abah n tok ja ada kat umah..bertambah-tambah tok makan sebab ada buah durian.. pernah makan tak dengan nasi? orang tua-tua memang suka tau.. buah durian makan dengan nasi..dengan pulut tu dah

..Lovely...

Image
...gambar ehsan dari e-jam mystepped... TQ bro

...Ombak...

Image
desiran ombak dipantai nan indah.. menggamit ku segala kenangan lalu... Namun,ianya ku biarkan pergi bersama angin lalu.. jadikan ia sebagai satu permulaan yang positif dalam diri... oh angin.. bawakan isi hati ku jauh ke sana... yang berlalu ku jadikan sandaran... yang bakal ketemu ku jadikan kekuatan... ...MISS THEM ALL...

..150 juta...

Jom layan lagu nie.. i like..:) Untuk kali keseratus lima puluh juta Mereka tanyakan engkau soalan yang sama “Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?” “Apa kau buta, apa kau pura-pura suka” Di seratus lima puluh juta kali itu Di depan semua engkau tarik tangan aku Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu Sambil ketawa engkau bilang satu per satu “Dia mungkin bengis seperti singa” “Tapi dia nangis tonton cerita Korea” “Dia mungkin keras bila bersuara” “Tapi dia jelas, jujur apa adanya” “Aku lagi kenal dia” Dah lebih seratus lima puluh juta kali Aku pesan padamu apa yang bakal jadi Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi Di setiap seratus lima puluh jutanya Aku pun dalam hati semacam tak percaya Apa kau lihat pada aku jujurkan saja Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata “sayang mungkin baran tak kira masa tapi sayang tahan kalau yang salah saya sayang mungkin saja keras kepala tapi sayang manja bila kita berdua– saya kenal sayang s

...@ Penang NOW...

Assalammualaikum wbt..dan selamat sejahtera... Alhamdulillah,syukur pada Allah kerna aku telah sampai ke kampung halaman tercinta untuk berjumpa keluarga tersayang.. Sesampainya aku di sini,aku di ambil oleh abah.. Kami terus ke bandar tuk menunggu mak pulang dari bertugas.. Rindunya... Selepas bersihkan diri,aku bersama adikku ke pasar malam Bukit Gedong.. Lamanya tak ke sana.. Yang bestnya selalu aku mesti beli PASEMBOQ.. memang sedap.. selain tu beli makanan tuk seisi keluarga.. balik dari situ,kami menghdangkan makanan dan makan bersama.. Perjalanan hampir 4 jam setengah amat meletihkan,tapi tidak sekali aku boleh tido awal jika aku dah sampai Penang.. Teringat dan teringinnya tuk berjumpa sahabat-sahabat.. insyallah ada kelapangan,pasti kita ketemu jua. Esok banyak urusan yang perlu diselesaikan..Malamya aku dikunjungi sepupu yang menghantar buah durian dari dusun di kedah.. Yummy.. sedap tau.. tapi perut dah full sangat,esok ler baru boleh nak makannya... tau-tau ja ai nak balik.

..Kisah Hati...

Hatiku hatimu Menjadi satu cinta Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku Tapi cinta bukan milik kita Semua harus berakhir Cinta kau dan aku Takkan mungkin bersatu Untuk saat ini di dunia ini Mungkin kita bersama Nanti di atas sana Biar ku setia menjaga cintamu Selamanya Tapi cinta bukan milik kita Semua harus berakhir Cinta kau dan aku Takkan mungkin bersatu Untuk saat ini di dunia ini Mungkin kita bersama Nanti di atas sana Biar ku setia menjaga cintamu Cinta kau dan aku Takkan mungkin bersatu Untuk saat ini di dunia ini Biar ku setia menjaga cintamu Selamanya lagu nie tengah popular sekarang nie.... layan jom....:)

..Jadi Kuat..

Image
Kuat kah anda? semuanya terletak pada diri sendiri.. pabila kita di uji, kekuatanlah yang menjadi kayu ukurannya... bertahan demi keluarga,anak-anak serta orang tersayang... I can be TOUGH. I can be STRONG. Percaya pada diri.. fikirkan positif.. Pasti Allah menjanjikan yang TERBAIK buat kita.. Berdoa,bersyukur,bertawakkal.. Redha atas ujian-Nya....

..Kegunaan Makanan Berfungsi Semasa Berpuasa..

Semasa berpuasa, sumber tenaga dalam badan menurun dengan ketara. Walaupun begitu, potensi tenaga masih terdapat dalam lemak badan. Tenaga ini boleh dilepaskan dari badan dengan memastikan bekalan vitamin dan zat mineral mencukupi. Elok kiranya sebelum imsak satu sacet SSSolution diambil untuk membekalkan sekumpulan vitamin B dan mineral ini. Alternatif lain ialah mengambil 10-15 kapsul spirulina sebelum imsak. Ini kerana spirulina organik adalah kaya dengan vitamin dan mineral semulajadi. Bulan Ramadan adalah bulan detoksifikasi, dimana pembuangan toksin melebihi pengambilan makanan. Aktiviti detoks ini perlu disokong dengan meneruskan pengambilan B'Young, ISO5 dan air di waktu malam. Minda perlu suasana tenang untuk melawan nafsu. Ambil memo-complex beserta Royalmix (lesitin), selepas bersahur atau sejurus sebelum masuk waktu Imsak. Tingkatkan aliran darah ke otak, mata dan keseluruhan badan. Pilih samada ingin mengamalkan i-complex, memo complex atau/dan iso7.

07.07.11

Image
assalammualaikum wbt dan selamat malam... Maaf andainya kurang bersua di chat box mahupun titipan catatan baru... keadaan agak menyesak kan sekarang.. dugaan demi dugaan mendatang.. harus diselesaikan sebaik mungkin... :) Jangan risau yea... Sebenarnya nak wish birthday MY BFF CIK INTAN MGM ...:) so...semoga sukses dalam hidup dunia dan akhirat,gembira bersama orang tersayang dan cepat dapat jodoh...:)

..Mornink...

Assalammualaikum wbt dan Selamat pagi... Alhamdulillah hari matahari masih sudi menyinari bumi.. walaupon penat semalam,ngantok pagi nie namun tetap jua aku bangun mencari rezeki... sambil keje,hot fm memutarkan lagu POKOK... sangat soft nyanyian Nubhan.. tersuka lagu nie masa Nubhan nyanyi dalam AF rasanya..:) Jom layan... Tersesat malu bertanya Tak tahu tak tahu kemana Terlalu banyak alasannya Ku terdiam Menyusur dikaki lima Terlihat bayang wajah kelmarin Tersentuh hati bagai luruh Tanya sama pokok apa sebab goyang Jawab angin yang goncang Terbang burung terbang Patah sayap diduga Seandainya rebah Kau masih ada Terlalu mahu dan mahu Terlupa apa yang perlu Terlalu banyak alasannya Duk terdiam Tak mudah namun tak susah Terserah atas pilihan Tersentuh hati mula luruh Tanya sama pokok apa sebab goyang Jawab angin yang goncang Terbang burung terbang Patah sayap diduga Seandainya rebah Kau masih ada La la la la la la la la la La la la la la la la lalalalalaaaa Kau masih ada Kau masih ada K

..HambaMu Allah..

HambaMu – Mawi ft. Akhil Hayy Ke arah satu perjalanan Dalam sebuah kehidupan Demi untuk mengecapi Hasrat murni di dalam hati Usaha dengan doa Masanya akan tiba Dengan restu Illahi Kelak pasti akan ditemui Suluhkan cahaya di hati terang (Allah) Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah) Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh Tegakkan semangat bila runtuh Setibanya di sisiMu ku berserah Terimalahku hambaMu Allah HambaMu Allah Sekiranya takdir menguji Cekalkanlah hasrat di hati Semoga kesusahan bisa Mengajar erti terus asa Usaha dengan doa Masanya akan tiba Dengan restu Illahi Kelak pasti akan ditemui Suluhkan cahaya di hati terang (Allah) Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah) Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh Tegakkan semangat bila runtuh Setibanya di sisiMu ku berserah Terimalahku hambaMu Allah Dengan restu Illahi Kelak pasti akan ditemui Suluhkan cahaya di hati terang (Allah) Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah) Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh Tegakkan semangat b

26.6.2011

Assalammualaikum wbt dan Selamat Petang.. Syukur alhamdulillah kehadrat Ilahi atas kurniaan nikmat rezeki di dunia dan mudah-mudahan sampai akhirat.. Titisan air mata diiringi butir-butir permata hujan yang membasahi bumi ketika ini sebagai tanda syukurku.. Sesungguhnya apa yang kita harapkan pada hidup ini alangkah indahnya jika digunakan sebaik-baiknya untuk menghargai dan dihargai.. Besarnya kekuasaanMu memberi pemikiran yang sebaik mungkin hingga tak tercapai dek akalku.. Aku mengagumimu.. Bimbinglah aku menjadi sepertimu.. Agar menjadi satu penolakan bt diri ini.. Terima kaseh Pn Hjh Ramlah binti Abu Bakar.. Dengan segala ilmu yang engkau curahkan dapat menjadi pegangan serta bimbingan pada diri aku serta rakan-rakan seperjuangan. Semoga puan sentiasa dimurahkan rezeki serta diberi kesihatan yang sebaik-baiknya.. Pada hari aku diraikan dengan penuh gilang gemilang walaupun tanpa mengharap apa-apa balasan.. Aku juga bahagia Engkau telah membuka mindaku yang sempit untuk menerokai

Happy birthday Cik Buzu

Hari ni juga.. Merupakan tarikh birthday one of My BFF.. Miss Buzu..;-) yeah.. Mu.. Selamat Hari Lahir ke- ..... Semoga mu sehat sejahtera.. Bahagia di samping orang-orang kesayanganmu.. Kawe kat sini sentiasa mendoakan apa yang terbaik buatMu.. Semoga ikatan persahabatan kita sentiasa mekar walaupun jarang ketemu.. Semoga dipermudahkan rezeki dan sentiasa happy..<3 Akhir kata.. Sayang MU..!!!!

Selamat Hari Bapa Sedunia 2011

Assalammualaikum wbt dan selamat petang ;-) Alhamdulillah bertemu kita pada hari ini,sempat jua berkongsi cerita.. Pertamanya, SELAMAT HARI BAPA kepada abah tercinta.. Semoga abah dikurniakan kesihatan berpanjangan,bahagia disamping mama,anak-anak serta keluarga yang lain.. Jasa dan budimu membesarkan kami 3 beradik amatlah besar. Tak mungkin terbalas segalanya.. Abah.. Walau kami sering ditinggalkan ketika waktu kecik.. Namun kami mengeri pengorbanan yang abah lakukan untuk kebaikan kita sekeluarga... Mamalah yang menjadi pengganti ketua keluarga ketika abah tiada.. Sungguh besar pengorbanan kalian.. Pastinya ketika ini abah dan mama mampu tersenyum gembira melihat anak-anakmu pandai berdikari.. Terima kaseh abah.. Kaseh dan sayang mu sentiasa mekar di hati kami.. Aku berdoa agar kami dapat menjadi anak yang soleh dan solehah untuk abah dan mama di dunia dan akhirat.. Selamat hari bapa sedunia.. Sayang abah...!

Al-Fatihah

Assalammualaikum wbt dan Selamat Sore... Takziah buat keluarga sahabatku Khairul Izudin (Acong Vf) serta Yanafuziana atas pemergian Ibu tercinta.. Setelah beberapa jam bertarung nyawa dalam keadaan tidak sedarkan diri,akhirnya tiba waktunya arwah dijemput Ilahi pada jam 3pagi.. Sebagai umat Islam,marilah kita sedekahkan surah Al-Fatihah buat arwah..semoga dirahmati dan tergolong dalam golongan orang yang beriman.. Al- Fatihah.. Sesungguhnya dari Dia kita datang,dari Dia jua kita dikembalikan.. Sakit itu datang tanpa dipinta,andai sudah tertulis..haruslah kita berusaha untuk merawat agar dapat menikmati kemanisan hidup dunia dan akhirat.. Sesungguhnya semua ini hanya sementara untuk kita nikmati.. Tabah menghadapinya..

Takziah

Assalammualaikum wbt dan selamat malam.. Takziah kepada ibu sahabat saya yang tengah bertarung nyawa dalam unit rawatan rapi HKL.. Semoga tabah menghadapi dugaan.. Insyallah mudah-mudahan kembali stabil..

..yang baik itu sukar dilaksanakan..

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi... Seminggu telah berlalu,masa bagaikan berlalu dengan pantasnya.. Kita tetap jua melalui nya walau dalam apa keadaan sekali pun.. Untuk mendapat kesedaran tentang kehidupan lebih bermakna adalah sukar.. Cuba kita lihat,untuk mendapat pendapatan yang selari dengan pembangunan negara maju juga sukar.. Jika dibandingkan dengan zaman atau waktu dahulu,kos hidup amatlah rendah.. Ibu bapa sekadar cukup untuk makan gaji untuk membesarkan anak-anak. Pada zaman terkini,makan gaji belum tentu cukup untuk menyara keluarga.. Berapa banyak rakyat di luar sana punya masalah dengan ah long atau syarikat yang menawarkan pinjaman di luar sana,semuanya demi kesihatan,keselesaan sesebuah keluarga.. Mereka jua belum tentu dapat melangsaikan hutang pada masa yang di janjikan.. Mereka perlu usahakan sesuatu untuk meneruskan hidup.. Anda cubalah fikirkan.. Sedar sebelum terlambat.. Cari SEHAT anda untuk diri sebelum merawat,menjaga keluaga atau orang sekeliling anda..

..Suka artikel nie..

Image
Anda refleksi apa yang anda makan KAJIAN Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selama lapan tahun di negara maju seperti Amerika Syarikat, Jerman dan United Kingdom mendapati negara-negara tersebut mencatatkan jumlah penduduk yang obes. Paling atas dalam senarai ialah American Samoa yang mencatatkan hampir 94 peratus penduduknya termasuk dalam kategori obes. Ia dikatakan akibat perubahan mendadak pada corak pemakanan mereka. TABIAT makan dan kurang bersenam faktor yang menyebabkan kanak-kanak obes. Penduduk di American Samoa dikatakan tidak lagi makan makanan tradisional mereka. Sebaliknya, mereka memilih makanan yang diproses dari Amerika dan Eropah. Makanan diproses ini lebih murah dan mudah didapati. Penduduk obes di Republik Kiribati, yang terletak di Lautan Pasifik berada pada tahap hampir 82 peratus jumlah penduduknya. Masalah obes ini juga disebabkan mereka lebih cenderung memilih makanan yang sudah diproses. Antara makanan yang diklasifikasikan sebagai penyebab kege

..3 hari..

Assalammualaikum wbt n selamat malam... Kejap je dah berlalu 3hari.. Aku menghabiskan masa dengan menghadiri kenduri Pn Nadiah dan En Saiful.. Seterusnya makan malam bersama keluarga pada hari kedua.. Hari nie pula aku menemani Cik Buzu mencari butik pengantin di sekitar Penang,tak cukup Penang,kami menuju ke Sg Petani. Memang tak dinafikan harga pakage sangat berbeza dan baju-baju memang up to date.. Kebanyakannya terdiri daripada lelaki lembut yang mengendalikan butik tersebut. Utk menempah baju pun murah.. Tapi tak mustahil jika diikutkan fesyen zaman sekarang akan mencecah rm6k @ rm7k nanti.. Untuk anda yang belum atau br bercadang nak kawen,sediakan duit serta buat pilihan yang tepat pabila memilih pakage pengantin... Ok.time to sleep..nite ;-)

..Kenduri Nadiah Nad Naddy..

Image
Assalammualaikum wbt,Selamat Petang kawan-kawan... Haaa.... semalam makan kenduri My BFF Nadiah Nad Naddy dengan pasangannya Enchek Saiful.. Tema Colat Gold memang menaikkan seri Pn Nadiah yang jarang-jarang bersolek serta lemer macam hari persandingan naya.... Sahabat yang seorang nie agak ganas dari segi perlakuan,tapi hati nye baek..:D Alhamdulillah dan Selamat membina rumahtangga agar lebih cemerlang kekal abadi... Mari kita layankan gambar tetamu serta Pengantin yang dirai..:) pelamin kiut... Nad n Iena.. ..Iena ieda n yana .. yana-intan n iena... yana n pengantin.. acara pemberian bunga..

...gatai-gatai...

Image
Hadoi... gatal-gatal sudah mari.. nape tah.. tak kan sebab habuk? mesti sebab ada binatang kecik-kecik tu giget ... mujur bukan satu badan... dah sapu macam-macam ubat tapi tak jadi jugak... nak kena makan ubat gatal lew pulak... gluppp.. telan sebijik ubat gatal dan kesan nye boleh menyebabkab ngantok...

...Adakah Pemakanan anda benar-benar seimbang?...

Assalammualaikum wbt dan selamat petang... Hari nie nak sembang pasal topik pemakanan.. "Anda adalah apa yang anda makan" Berpegang pada frasa di atas, pernah tak anda terfikir apa yang anda makan dari usia anda bayi hingga ke saat ini akan menyumbang kepada risiko mengidap penyakit kronik seperti kencing manis,darah tinggi, serangan jantung,gout dan sebagainya.. Perlu anda sedari penyakit sekarang tidak mengenal usia, dari kanak-kanak hinggalah dewasa.. lebih dari beribu kes "AH LONG" yang dilaporkan adalah disebabkan oleh masalah kesihatan. Anda tentunya sanggup menjual apa sahaja yang anda miliki jika tidak dapat membayar bil hospital untuk mengubati penyakit yang anda hidapi.. Tidak kira anda kaya atau miskin,penyakit tetap akan menyerang anda jika anda tidak berwaspada dari sekarang. Berapa ramai antara anda yang sering mengambil pemakanan seimbang yang di sarankan oleh Kementerian Kesihatan? Tidak banyak bukan.. Anda perlu bijak untuk memilih makanan jika and

..Kembali Pulang...

Assalammualaikum wbt dan selamat petang.... Jam 12 tengahari baru jer sampai dari Penang... Seharian di Penang memang memenatkan.. tapi keterujaan dalam mengisi aktiviti pada masa yang singkat adalah lebih berpuas hati dari berlama-lama di kampung dengan hanya duduk rehat-rehat... Hari Ahad,jam 12 tengahari aku dan keluarga ke Balik Pulau.. Menghadiri kenduri kahwin anak kepada sepupu abah.. Walaupun jarang sekali berjumpa,tak semestinya kita tak ingat.. Selepas kenduri,aku,kakak,abang serta adik terus ke Bertam untuk melihat-lihat rumah baru kakak yang telah siap direnovate.. Bestnya bukan kepalang walau tiada perabut yang belum dimasukkan lagi. Kami mengemas kotak-kotak lampu yang bersepah di dalam rumah.. semuanya telah siap di pasang.. Setelah siap menyapu sampah, kami pon terus pulang ke Penang... Kami meneruskan perjalan ke rumah Cik Buzu untuk ambil barang yang aku kirimkan minggu lalu.. Tak sabar nak menggunakannya... kami meneruskan perjalanan ke rumah sepupu aku untuk melihat

..PenAng In da Houz...

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi... Hari nie perjalanan amat jauh sekali... Dari Kg Baru aku dan Noni ke Putrajaya untuk bertemu teman sealam maya Pn Yana serta En Acong untk menghantar barang yang di pesan.. Kami dijamu dengan Nasi Lemak pagi nie... Mekaseh tuan umah... Pn Yana bie baru jea berpindah ke Putrajaya.. Sebelum ni dia kerja kat Penang.. So bila dah kawen,kena la ikut suami kan... Lepas makan kami pon terus ke rumah Mak Long Noni di kawasan Pandan Indah... Jalan memang jem sangat hari nie... teros lg pegi Kota Damansara... Ada seminar tentang pemprograman diri.. Lepas taman seminar,aku pon terus ke Puduraya amek bas tuk balik Penang... perghh... penatnya... Bus jalan dalam kol 7.40 petang... Alhamdulillah aku dah selamat sampai Penang jam 12.30 pagi...:) SYIIIOOOOKKKKKnyaaaaaaaaa..:)

..12 Mei 2011 Hari Jururawat Sedunia...

Image
Assalammualaikum wbt dan Selamat Pagi... Agak kelewatan untuk saya mengucapkan Selamat Hari Jururawat kepada Semua Jururawat sedunia... Sambutan tahun ini amat baik sekali.. Pelbagai amanat di sampaikan bagi saling memperkukuhkan dalam memberi perkhidmatan yang telah sedia ada... Tahun nie dapat sponser kek serta cokelat dari pihak Radicare... TQ so Much.. Dari pihak Hospital akan menyusul kemudian... Terima Kaseh tak terhingga pada teman-teman yang mengirimkan pesanan ringkas kepada saya.. Ingatan anda amatlah dihargai.. Bagi seseorang JURURAWAT, kami diberi tanggungjawab dalam mengendalikan pesakit mengikut Akta Jururawat Malaysia.... Tanggungjawab ini sesungguhnya amat berat jika tiada kerjasama dari semua pihak... Selagi terdaya, kami akan bantu.. Semoga kerjaya ini menjadi salah satu kerjaya yang mulia di sisi Allah.. Amin...

..Selamat Hari Ibu...

Image
Assalammualaikum wbt dan Selamat Pagi... Sewaktu insan lain sedang indah dibuai mimpi,Seawal pagi aku bangun untuk ke tempat kerja melaksanakan tugasku hari nie... Entah semalam rasanya sukar untuk aku lelapkan mata.. Masih terbayang-bayang raut wajah IBU, raut wajah ABAH,raut wajah ahli keluargaku... Hari ini... Sambutan Hari Ibu sedunia.. Tahniah buat IBU yang melahirkan,menjaga,memenuhi keperluan seorang anak.. Bagaimana kita meraikan mereka? Berikan hadiah atau apa sahaja sebagai tanda penghargaan kita kepada ibu kita.. Ibu tak pernah minta dihargai,tapi kita bertanggungjawab mengembirakan ibu kita,menghargai mereka yang telah banyak memberi budi.. Sesungguhnya doa IBUlah yang paling mustajab,yang paling di Dengari oleh Allah SWT.. Buat ibu yang telah tiada,doa dari seorang anak adalah limpahan pahala yang paling banyak buat bekalan mereka di sana. Biarpun tidak nampak dimata,namun doa itu disampaikan dengan tulus hati,pasti IBU juga mendengarnya di sana.. SAYA SAYANG MAMA....<3

..Mei bermula..

Image
ehemm... lamanya tak update.. maaf la yea... macam-macam peristiwa dah jadi dalam masa beberapa minggu nie.. Alhamdulillah hadiah buat mama dah selamat pos bawak balik Penang.. TQ to Cik Buzu tolong bwk balik adiah yea... Last week sempat jumpa my fren Cik Intan n Cik DD... susah betoi nak jumpa.. Bz sangat la pulak kan... hehe Alhamdulillah ALLAH dah susunkan satu pertemuan yang baik nie.. Walaupun sekejap.. tapi best..:) This week banyk preparation yang aku kena buat untuk next next week... Banyak kenduri kawen sahabat handai.. Kena la pegi.. Insyallah,dipermudahkan laluan aku untuk ke sana nanti...

..Untuk Mama...

Hari Ibu memang akan di nantikan setiap tahun... pada awal bulan Mei nie kita akan menyambut Hari Ibu sedunia... Tahniah pada anda yang maseh mempunyai IBU... Hargailah jasa mereka dengan apa cara sekali pon... Tiada doa yang paling mustajab selain dari doa ibu kita... Ibu.. kaulah permata hatiku.. besar pengorbananmu hinggakan tak terbalas andai nak dibandingkan dengan apa pun.... Aku berdoa agar ibu senantiasa diberikan kesihatan yang baik serta dilimpahi dengan rezeki di dunia dan di akhirat... Kepada insan yang bergelar IBU.... Ketahuilah bahawa jasamu sentiasa dikenang dan menjadi kebanggaan bagi setiap anakmu.. ku tujukan lagu ini buat IBU,MAMA,MAK,UMMI,AYE dan sewaktu dengannya...:) MAWAR PUTIH UNTUK MAMA.. Kau sinaran bulan Menyerikan bitang-bintang Kaulah fajar yang menerbitkan pagi Kau sirami embun Menyegarkan pepohonan Kau bukakan tabir siang untukku Kau berikan mama Kasih sayang maha suci Betapa agungnya Tiada ternilaikan Oh mama, oh mamaku Tiada cinta yang suci Setulus cin