...Adakah Pemakanan anda benar-benar seimbang?...

Assalammualaikum wbt dan selamat petang...


Hari nie nak sembang pasal topik pemakanan.. "Anda adalah apa yang anda makan"
Berpegang pada frasa di atas, pernah tak anda terfikir apa yang anda makan dari usia anda bayi hingga ke saat ini akan menyumbang kepada risiko mengidap penyakit kronik seperti kencing manis,darah tinggi, serangan jantung,gout dan sebagainya..


Perlu anda sedari penyakit sekarang tidak mengenal usia, dari kanak-kanak hinggalah dewasa.. lebih dari beribu kes "AH LONG" yang dilaporkan adalah disebabkan oleh masalah kesihatan. Anda tentunya sanggup menjual apa sahaja yang anda miliki jika tidak dapat membayar bil hospital untuk mengubati penyakit yang anda hidapi.. Tidak kira anda kaya atau miskin,penyakit tetap akan menyerang anda jika anda tidak berwaspada dari sekarang.

Berapa ramai antara anda yang sering mengambil pemakanan seimbang yang di sarankan oleh Kementerian Kesihatan? Tidak banyak bukan.. Anda perlu bijak untuk memilih makanan jika anda tidak mahu mengambil risiko terkena penyakit KRONIK. Anda tentu mahukan kehidupan anda serta keluarga sejahtera..Apa yang anda sediakan makanan untuk keluarga anda perlulah di jaga. Minum air yang dirawat, makan makanan yang organik, pengudaraan yang bersih, senaman untuk sihat dan bagaiamana mengurangkan stress..

Amalkan 5M...

◦ 5M merupakan satu pendekatan baru Kementerian Kesihatan Malaysia dalam meningkatkan
taraf hidup masyarakat Malaysia terutamanya dalam pengambilan makanan secara sihat.
◦ 5M merupakan singkatan bagi:

■Mengurangkan gula
■Mengurangkan garam
■Mengurangkan minyak
■Melebihkan buah-buahan
■Melebihkan sayur-sayuran





Buatlah pilihan... Anda mampu mengubahnya untuk menghadapi zaman yang serba canggih ini.. Lain dulu lain lah sekarang..Duit boleh diusahakan,KESIHATAN tak boleh dibeli...

Comments

Aujinz said…
baeklah.. saya akan kurangkan..:P
!eNa PnG said…
Aujinz...



Baek..:D

Popular posts from this blog

...MenCeriAkan diRi seHarian MelaKa..

k.a.w.a.n

..Lepakking at Old Town Bayan Baru...