Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia....


Apa yang nak di luahkan di sini adalah sipi-sipi apa yang ku rasa.. Maaf andainya ada bait-bait kata yang menyentuh hati kalian yang membaca.. Dari kecik saya di asuh oleh keluarga tersayang.. makin hari makin dewasa.. walaupun apa yang telah dicurahkan oleh mereka sedikit sebanyak terserap kepada aku.. mungkin aku bukanlah anak harapan namun aku bangga punya keluarga seperti mereka.. Sentiasa memahami.. Namun bagaimana mahu jadi seperti mereka.. diri Yang kurang sabar ini.. yang selalu sahaja membuat onar dalam sedar mahupun tidak..


Aku bukanlah sempurna.. namun ku tahu ku akan sentiasa membuatkan sesuatu menjadi sempurna dengan apa cara sekali pun.. Tiada tempat lain yang hendak ku mengadu..Hanya padaMU Allah.. Kau berikanlah ketenangan hati dalam apa yang ingin aku terima kemudian aku sampaikan pula pada mereka demi kebaikan bersama..

Bersyukur aku pada-Nya yang Esa.. namun aku masih lagi belajar erti hidup... Ingin aku jejakkan kaki ke RUMAH ALLAH bersama mereka satu hari pasti..

Engkau yang Maha Mengasihani.. Maha Mendengar.. kau pertimbangkanlah isi hati kami.. Semoga diperkenankan..INSYALLAH..

Comments

Popular posts from this blog

...MenCeriAkan diRi seHarian MelaKa..

k.a.w.a.n

..Lepakking at Old Town Bayan Baru...