..SeLAmat Tahun Baru..


Happy New Year Dear All Blogger....

Assalammualaikum semua dan Selamat Pagi...:)
HErm.. Best kan korang dapat cuti hari nie... Pepagi lagi aku dah datang tempat keje. Hari nie aku bekerja walaupun kebanyakkan kengkawan serta seluruh Malaysia bercuti hari nie. Alhamdulillah.. jalan lengang dan tak berapa sibuk hari nie. Hiri nie hari terakhir di bulan Disember dan juga tahun 2010..

Perjalanan pada tahun 2010 amatlah baik tetapi ada beberapa matlamat serta impian aku tak dapat dilaksanakan. Maknanya aku perlu membawa matlamat serta impian aku ke tahun hadapan.. Anda bagaimana? mesti banyak impian serta azam yang dibuat dapat dilaksanakan..

2010 merupakan tahun yang bagus, aku dikelilingi oleh orang-orang yang tersayang serta melalui hari-hari bahagia bersama mereka.. Walaupun aku masih belum punya kekaseh hati,aku mampu merasai kasih sayang yang tiada tandingannya bersama orang-orang yang aku sayang. Maafkan anakmu ayahbonda yang selalu mengingatkan aku agar aku cepat punya kekaseh.. Aku akui aku agak sukar menilai kasih sayang serta perhatian yang diberi oleh kawan-kawan lelaki aku. Mungkin aku serik atau ada sebab lain menyebabkan aku sukar menerima seseorang.

Aku bersyukur aku masih lagi bernyawa di bumi yang indah ini atas izin Yang Maha Esa. Insyallah tahun hadapan aku akan melaksanakan segala impian,matlamat,azam atau apa-apa sahaja yang aku niatkan dengan usaha agar aku berjaya. Kesukaran mungkin akan membuatkan aku lebih tabah mengharungi hidup ini..

Pada rakan-rakan sekalian,aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 dan aku jua ingin mohon maaf andai ada tersalah kata-kata,kelakuan serta apa saja yang buruk yang ada pada diri ini.Semoga kalian bergembira dan berbahagia dalam apa cara sekali pun..

Akhir kata,perbaharuilah diri kamu seandainya dirimu telah melakukan perkara yang buruk.. Jadilah insan yang berguna pada diri,keluarga serta masyarakat. Semoga apa yang diimpikan menjadi nyata.












Salam Tahun Baru 2011...



..Iena_png @ mamapink07..

Comments

Cik Adza said…
yea kakak!!~
selamat tahun baru..
semoga semua azam dan cita cita akak akan tercapai dalam tahun 2011 nnt.. insyallah..

sy pun nk minta maap atas semua salah dan silap.. makan minum.. terkasar sana sini.. perangai mahupun kata kata.. senang crita semua laa.. hehhe~

Welcome 2011
!eNa PnG said…
adza....


akak pun sama.. harap-harap dapat makan ns minyak kamu taun depan.. hehehe..


;)

Popular posts from this blog

...MenCeriAkan diRi seHarian MelaKa..

k.a.w.a.n

..Lepakking at Old Town Bayan Baru...