..Berkampung di Sik...


Jam 1 petang aku menaiki feri menyeberangi laut menuju ke Butterworth. Cik Zura dan adiknya telah menanti aku di sana. Hari nie kami meneruskan perjalanan ke Sik,Kedah. Hampir setengah hari hujan di bumi Penang. Dalam hujan kami teruskan perjalanan.. berpandukan peta melalui kad kawen yang diberi.. Maklum la dah lama tak menjejak kaki ke sana...Cuaca memang agak menggusarkan sebab lebat sangat hujan masa nak peri tue.. hampir satu jam lebih perjalanan, kami sampai ke daerah Sik..Mujurlah hujan sekerat jalan saja..



Apabila sampai di pekan Sik,aku menghubungi bakal Pengantin.. Mereka menunggu kami di pekan. Seterusnya kami dibawa ke rumah..Rupanya tak susah pon jalan ke sana.. Terus ka ke simpang kanan selepas tol Gurun. Terus jer sampai jumpa nama tempat Chepir. Masuk kanan ikut simpang tue.. terus lagi sampai jumpa rumah selepas surau..
Turun dari kereta, kami bersalam-salaman dengan keluarga bakal engantin Cik Wawa.
Jejak ja kaki dalam rumah, pelamin berwarna putih tersergam indah siap di pasang..
sungguh cantik... Lihat gambar bawah nie..



Lepas santai-santai kami dijamu dengan kuih-muih serta air kopi..
Penat maseh lai terasa.. jam 5 petang kami menemani pengantin ke butik pengantin di Jeniang. Malam nie akan berlangsung Majlis Pernikahan di Masjid Sik Dalam,Sik Kedah.
Lama jugak nunggu mak andak mai kedai.. selama sejam menunggu,mak andam pon sampai.. sesi makeup pon berlangsung.. sempat jugak sembang-sembang dengan jurugambar..


@butik andaman

Selesai makeup,kami terus ke masjid menanti rombongan pengantin lelaki.. sementara tue sempat balik tukar baju dulu.. tak glamer la kan kalau pakai seluar ngan jeans p masjid.. baju kurung baru betul...

Majlis akad nikah berjalan langsung selepas solat isyak.. maka sah la En. Saiful dan Pn Nazuwa sebagai suami isteri.. Alhamdulillah....
Sesi fotografi bersambung di rumah.. kami tak ketinggalan bergambar bersama..



14.12.2010..
Selepas subuh kerja gotong-royong oleh penduduk kampung dijalankan.. kami membantu pengantin menyusun bunga telur di dalam door gift.. Memang kuat betul orang area sini,rajin semua benda. Kami hanya membantu di dalam rumah sahaja.. yang lain bab masak terserah pada orang kampung.. dari kerja potong-memotong hinggalah memgemas selepas kenduri.
aku diberi tugas memberi door gift kepada tetamu...mungkin tak cukup kakitangan agaknya..
tepat jam 11.30 pagi.. pihak lelaki sampai di rumah pengantin.. Makcik pengantin dan saya sebagai wakil keluarga menjemput keluarga pengantin ke meja makan beradab..
selesai makan beradab, sesi fotografi bersama keluarga dan rakan-rakan dilakukan...


antara sahabat yang hadir..







Sesi fotografi.. Outdoor dijalankan di Ladang Anggur Tasik Beris..

..Sweet..



..nak posing jugak..







pose yang terakhir.. sebelum balik..


Majlis selesai...

Comments

azzey said…
Cantiknya pelamin tu....:)
!eNa PnG said…
azzey...


ha a.. memang cantek pelamin nie... :) simple tapi menarik :D
eVy-D-YaNa said…
hye sis~

sy ada awars utk sis~

amek ya kat cni

Shout Award

=)
!eNa PnG said…
evy...



Thanks cik Evy..

Popular posts from this blog

...MenCeriAkan diRi seHarian MelaKa..

k.a.w.a.n

..Lepakking at Old Town Bayan Baru...