Posts

Showing posts from 2010

..SeLAmat Tahun Baru..

Image
Happy New Year Dear All Blogger.... Assalammualaikum semua dan Selamat Pagi...:) HErm.. Best kan korang dapat cuti hari nie... Pepagi lagi aku dah datang tempat keje. Hari nie aku bekerja walaupun kebanyakkan kengkawan serta seluruh Malaysia bercuti hari nie. Alhamdulillah.. jalan lengang dan tak berapa sibuk hari nie. Hiri nie hari terakhir di bulan Disember dan juga tahun 2010.. Perjalanan pada tahun 2010 amatlah baik tetapi ada beberapa matlamat serta impian aku tak dapat dilaksanakan. Maknanya aku perlu membawa matlamat serta impian aku ke tahun hadapan.. Anda bagaimana? mesti banyak impian serta azam yang dibuat dapat dilaksanakan.. 2010 merupakan tahun yang bagus, aku dikelilingi oleh orang-orang yang tersayang serta melalui hari-hari bahagia bersama mereka.. Walaupun aku masih belum punya kekaseh hati,aku mampu merasai kasih sayang yang tiada tandingannya bersama orang-orang yang aku sayang. Maafkan anakmu ayahbonda yang selalu mengingatkan aku agar aku cepat punya kekaseh.. Aku

..Anakandaku Rayyan..

Image
Sudah beberapa minggu sebelum nie aku dan roomateku Cik Zura nak pergi melawat dak kecik nie... Mohammad Adam Rayyan ... Akhirnya,pagi semalam kami jadi juga pergi ke rumah membe aku Pn Choi kat Enstek,Sepang. Alhamdulillah jalan tak la jem.. walaupon ingat-ingat lupa jalan untuk ke sana. Kami bawakan baju baru serta beberapa barang keperluan Rayyan... Syioknya dapat beli barang baby.. Lagi syiok kalau dapat belikan tuk anak sendiri.. So,kami dampai ke sana dalam kol 12 tengahari.. Kami lepak-lepak sambil main-main,mandikan Rayyan,photoshoot ngan Rayyan sampai dia tido balik.. hehehe nasib Rayyan la kene mengulit dengan dua aunty nie.. then mak Choi belikan Nasi Goreng Serai dan ditambah pula dengan minuman air serai selaseh... Perggggghhhhh...... Sedapnya...Tak pernah lagi aku minum air serai nie.. selesai makan,kami sembang-sembang pasal perkembangan kengkawan kolej dulu.. Entah bila nak buat reunion semula... Selepas solat zohor, kami pon pulang sebab aku nak keje malam pulak.. sep

..aKu Happy...

Image
aku happy... aku happy... aku happy... dapat beli jam baru.. entah napa aku tengok jer terus terbekenan... Walaupun dah banyak kali aku usyar jam kat banyak kedai sekitar kl nie.. Aku beli jam nie kat JUSCO AU2 @ Setiawangsa... Memang ada promosi.. Sekali aku rembat 2 da.. HiTam dan PutiH... AKU SUKA JAM NIE.. Tertarik dan menarik.. ..Syukur di pertemukan dengan JAM nie...

..Wedding..

Image
Musim cuti sekolah nie memang banyak sangat kenduri... Tahun depan punya cuti sekolah pon dah ada 3 kenduri dalam list... :d Hari nie wedding anak adik Pakcik aku kat Dewan Komuniti Sentul... Tempat aku main badminton dulu.. Memang besar dewan tue.. tak sangka pulak dorang dah cat baru.. Cantek...Seawal jam 11 kami dah ke sana.. Memang tak ramai lagi cuma saudara mara sebelah pakcik yang ada. Dewan telah dipenuhi dengan kerusi meja,pelamin,meja makan beradab,meja buffet serta meja untuk acara potong kek.. Tema majlis nie warna Coklat Gold. Dah sama tema time kakak aku kawen dulu.. Kebanyakan sedara pakcik ada di sekitar KL ngan Perak.. ramai jugak yang aku kenal dan lama tak jumpa... Family dorang memang kamceng dan friendly... Best jugak.. Pengantin perempuan pulak katanya orang Kepala Batas,cekgu sekolah..:) sweet jer pengantin nie.. Dua hari berturut-turut aku dengar paluan kompang dan rebana.. Hadoi... beshnya... Jantung berdebar-debar jew..hik hik hik... tunggu aku upload gambar

..weekend..

Image
Selamat hari krismas dan tak lupa jua Selamat Hari Lahir buat encek Ojinz yang telah menyambut hari lahirnya pada hari nie..Aku cuti hari nie.. Mulanya aku ingat nak g keje pagi tadi. Tapi terbangun lambat pulak.. Dalam kol 8 pagi aku terima sms dari Kak Ana,katanya mau jumpa.. Kami bersarapan di satu warung di Pantai Dalam.. Selepas sarapan,terus pergi MidValley tuk jalan-jalan.. Parking agak banyak sebab kami pergi awal.. Then terus masuk menuju ke GSC tuk tengok wayang.. Sebelum tue kene beratuk panjang tu beli tiket. Penat beratur..cerita yang kami nak tengok tue dah full booking.. Hadoi... terpaksalah pilih cerita Aku Masih Dara... Masa ada lagi sejam,kami ke Rasa Mas tuk makan tengahari.. Sedap jugak makanan kat situ.sebelum nie tak pernah sing gah.. Selesai makan,kami terus menuju ke GSC.. Cerita AMS nie besh jugak.. sebab banyak di selitkan pengajaran pada anak-anak muda zaman sekarang nie.. Terkesan jugak lakonan Raja Farah dalam nie.. Smooth jea masuk dalam minda nie... So,k

..Setia Menanti..

Image
Capture by iena_png Kau tercipta untuk Ku... Kirimkan rindu di angin lalu.. Wajah kesayangan hamba..

..Perfumed Sale..

Image
Hua hua hua aku STRESS ker? mungkin jugak la kan.. Hari nie aku menemani sahabat aku Cik Zura pegi Sogo. Lepas keje,masing-masing sampai rumah jam 4 petang. Mandi-mandi,solat dan relik-relik kejap semntara tunggu solat asar. aku dah agak dah memang akan menempuh jem la kejap lagi sebab plan nak ke Sogo. Dalam kol 6 kami pon keluar.. Sekarang nie tengan promotion Perfumed sempena Hari Krismas nie. Bagi yang suka perfume atau nak jadikan ferfume sebagai barang hantaran,bolehlah pegi survey.. Harga pon berpatutan dan ada free gift lagi.. Kami ke sana sebenarnya nak survey perfumed tuk jadikan hantaran untuk perkahwinan Cik Zura nanti. Banyak jugak la yang dok bagi cuba bau-bau nie,sampai naik pening pon ada. Pilih punya pilih, dia kompem beli perfumed jenama GUESS.. Fuhhh... bau nie memang kuat betoi.. agak sesak jugak nak bernafas.. tapi memnag tahan lama bau nie.. beli yang satu set untuk lelaki dan perempuan.. dapat free bag guess 1 then perfume sample 4 bau.. semua nie dalam harga RM

..Was-Was..

Image
eHemm... Salam dan selamat pagi.. Sehat tak pepagi nie? harap-harap semuanya ceria yea. Semalam balik keje jer aku dengar satu luahan dari sahabat aku. Kepalanya tengah serabut pasal tunang dia. Entahlah aku pon tak faham jugak kadang-kadang orang perempuan nie memang suka fikir panjang dan kadang-kadang terlampau memikirkan pula sesuatu masalah. Aku sebagai sahabat,aku perlu dengar semua tue. Aku perlu nasihatkan dia walaupun aku bukan pakar motivasi atau pakar kaunseling. Jarak antara mereka dekat jer sebenarnya. Tapi susah nak meluangkan masa untuk bertemu bersama,lain pula aku lihat pasangan yang sudah hampir menuju hari bahagia. Aku juga risau akan keadaannya. Dia sudah menjadi tunangan orang. Jika seseorang itu tidak cinta akan kekasehnya,masakan ingin membina satu ikatan yang suci? Puas jugak aku sekolahkan dia semalam. Persiapan menuju hari bahagia belum bermula,mungkin itu yang menambah kerunsingan sahabat aku. Was-was dalam satu hubungan memang perlu,tetapi tidak perlulah te

..gembirakah anda ?..

Anda gembira? Kadang-kadang gaya hidup kita mempengaruhi oleh diri kita dan orang sekeliling. Dalam tak sedar sedikit bantuan dari kita boleh memberi kegembiraan pada orang lain.. Aku jua pernah melakukan,melihat, membuat perbuatan yang mengembirakan orang lain. Jika aku gembira, aku suka ekspresikannya dan ada masanya aku cuba sorokkannya. Mungkin bagi individu lain,perasaan itu lebih bagus jika dapat di kongsi bersama rakan,keluarga atau yang tersayang.. Ada kalanya kita menangis atas kegembiraan itu. Aku jua takut jika aku terlalu gembira,aku akan mengnggung kesedihan pada hari kemudian.. Aku mahu jadi seorang yang mengembirakan orang lain.. Tapi kadang tu air mata nie cepat je menitis.. Alahai.. Hah.. Korang jangan nangis plak yea.. Baguslah jika kita mengembirakan orang lain.. Tapi sebelum tue gembirakan diri kita kemudian gembirakan orang lain pula.. Pernah tak terfikir jika kita belanja seorang kanak-kanak di kawasan pendalaman gula-gula,kegembiraan tu akan terpancar di wajah ka

..DeCo tiMe..

Image
Salam dan selamat malam... dah tdo ke agaknya nie? Jam dah 10.41 malam kan... Hari nie dalam sejarah aku dapat menyiapkan bunga hiasan untuk hantaran tunang housemate aku Cik Noni dalam masa dua hari saja. Barang-barang nie dibeli oleh tuan punya diri..aku tolong decokan jew mengikut cara aku.. Dua hari nie aku kerja malam.hari nie jer dapat cuti sehari.. Esok dah stat keje..Tuan body dah nak mula bercuti. Kene siapkan cepat la kan... So..jom nak kongsi macamana aku buat bunga nie.. Mula-mula kene beli barang dulu.. Apa yang kita perlukan ialah gunting,Bunga hiasan, reben polkadot,reben kertas,wayar putih,wayar gold,pemotong wayar (jika perlu),pita pelekat dan biji blink-blink. Then, ambil reben polkadot bentukkan kepada 3 lapis,setiap lapis di ikan dan dicantum bersama 3 kuntum bunga hiasan. Seperti dalam gambar dibawah.. Kemudian bentukan reben kertas menjadi bentuk reben. Ikan reben kertas dengan wayar halus berwarna putih. Cantumkan dengan jambangan bungan yang telah di buat.. Cant

..VF @ Virtualfriends.net..

Image
Selamat Pagi..Pernah dengar orang sebut-sebut pasai web kat tajuk tue? Pepagi macam nie aku suka layan 1 web nie nama.. VIRTUALFRIENDS.NET . Meh aku story sikit pasal kelab nie.. Virtualfriends.net atau nama samarannya VF memang salah satu web yang tak pernah aku dengar satu masa dahulu, sehingga aku diperkenalkan oleh member chatting dalam MIRC dulu-dulu yang merangkap kawan aku sampai sekarang. Aku tak pernah tanya la kan pasal sejarah VF nie sebab aku tau bila nak buat web nie perlukan kewangan yang kukuh untuk memastikan web nie tetap bertahan. VF semasa ianya mula beroperasi yang pada tahun 2001... Terlalu banyak sejarah-sejarah VF yang tak dapat dilupakan dalam perjuangan VF terutama Webmaster , Advisor , Administrator , Moderator , serta ahli-ahli VF yang masih setia dengan VF dari dulu sampai sekarang... Dalam web nie macam-macam boleh anda lakukan antaranya tambah kawan,Post gambar,Lihat-lihat gambar,Komen-komen gambar,Post discussion,Komen-komen discussion,Baca article,Post

..Tahniah..

Assalammualaikum dan salam sejahtera pada rakan-rakan blogger semua.. Harap-harap korang sihat di samping keluarga dan orang tersayang.. Alhamdulillah.. Aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana cuti kali ini buatkan aku gembira,bahagia atas semua peristiwa yang berlaku berjalan lancar walaupun ada sedikit cacat celanya.. TAHNIAH buat sahabat aku Cik Buzu yang telah selamat BERTUNANG dengan En Dzul pada 18.12.2010. Majlis pertunangan ini berlansung di Gelugor,Pulau Pinang berlalu dengan lancar. Apa yea rasanya menjadi tunangan orang? Mesti gembira kan.. Hehe korang dah ada pengalaman tak? Huhu turn aku belum sampai lg.. :-) Segala persiapan dilakukan sebelum nie telah sempurna dilaksanakan. Akulah yang menjadi penggubah hantaran tue.. Budak baru belajar la katakan.. Hehe nanti gambar akan dimasukan kemudian yea.. Hari ni aku dah pun sampai di Kuala Lumpur. Aku dihantar oleh mak dan abah ke terminal bas.. Rasa malas je nak balik pagi tadi.. Memandangkan aku dah mula bekerja hari nie.. Aku ke

SHOUT AWARD

Image
Award ... eeeewwwwaaahhhh.. dah macam bintang filem pulak yea.. Shout award diberi oleh cik eVy-D-YaNa TQ cik eVy-D-YaNa Tapi... kene Jawab soalan-soalan nie dulu yea..:) Siapa yang bagi award ini? Cik eVy-D-YaNa Apa komen anda tehadap blog yang memberi award ini? Blog Cik Evy yang rajin update n join bnyk contest..:) Blog yang selalu anda singgah? banyak jugak..blog yang menarik dan tertarik...:D Ayat yang selalu anda tinggalkan di Shoutmix org? Komen berdasarkan post dan TQ dah follow blog saya.:) Tagkan kpd lima blogger lain. 1. azeey 2. Ojin 3. Intan Mgm 4. Cik Eyqa 5. Kak chik Ella Terima kaseh :)

..10 Muharram..

Image
Hari nie merupakan hari yang bahagia bagi kami sekeluarga... kebanyakan umat Islam berpuasa Hari nie. Kami gembira menerima kepulangan Ayahbonda dari Tanah Suci Mekah.. Seawal 6 pagi kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang untuk menyambut ayahbonda.. Parking di sini amat terhad memandangkan kerja baik pulih sedang dijalankan. Flight dari Jeddah tiba di sini pada jam 6.30 pagi.. Hanya pekerja Tabung Haji kelihatan mengankat kotak-kotak air zam-zam untuk diberi kepada jemaah haji sebelum pulang. Alhamdulillah.. jam 7.30 pagi kelihatan ayahbonda telah keluar dari balai perlepasan bersama barang-barang mereka... Syukur sangat kehadrat ilahi kerana mereka telah selamat sampai. Kami bertemu ayahbonda di luar airport.. Peluk cium kami erat tanda melepaskan rindu setelah berpisah selama 45 hari. bergambar bersama ayahbonda sebelum pulang ke rumah.. Mak menghubungi ahli keluarga yang lain.. beg barang yang dibawa pulang dari sana.. Selesai urusah di airport, ayahbonda singgah solat s

..Berkampung di Sik...

Image
Jam 1 petang aku menaiki feri menyeberangi laut menuju ke Butterworth. Cik Zura dan adiknya telah menanti aku di sana. Hari nie kami meneruskan perjalanan ke Sik,Kedah. Hampir setengah hari hujan di bumi Penang. Dalam hujan kami teruskan perjalanan.. berpandukan peta melalui kad kawen yang diberi.. Maklum la dah lama tak menjejak kaki ke sana...Cuaca memang agak menggusarkan sebab lebat sangat hujan masa nak peri tue.. hampir satu jam lebih perjalanan, kami sampai ke daerah Sik..Mujurlah hujan sekerat jalan saja.. Apabila sampai di pekan Sik,aku menghubungi bakal Pengantin.. Mereka menunggu kami di pekan. Seterusnya kami dibawa ke rumah..Rupanya tak susah pon jalan ke sana.. Terus ka ke simpang kanan selepas tol Gurun. Terus jer sampai jumpa nama tempat Chepir. Masuk kanan ikut simpang tue.. terus lagi sampai jumpa rumah selepas surau.. Turun dari kereta, kami bersalam-salaman dengan keluarga bakal engantin Cik Wawa. Jejak ja kaki dalam rumah, pelamin berwarna putih tersergam indah sia

..hOmeTown..

9.20 malam.. lepas keje.. aku mintak tolong akak senior aku hantar aku g hentian duta. Dia memang lalu area itu sebab nak balik ke Sg Buloh.. then aku cepat-cepat pegi ke kaunter tiket... Lepas dapat tiket jam 9.40 malam, aku menanti kedatangan bas.... kakak kat kaunter bus tue pon dah kenal muka aku.. asek balik kampung ja kan.. Kali nie aku amek cuti seminggu sebab... 13 -14.12.10 aku akan berada di Sik,Kedah... 16.12.10 ayahbonda akan pulang dari Tanah Suci Mekah. 18.12.10 pula ada Majlis Pertunangan Cik Buzuediany . Wah... sungguh pack betoi kan... 9.40 malam aku menaiki bas.. Perjalanan ke Penang mengambil masa 4jam 30minit atau lebih... Jam 2 pagi aku telah memasuki jambatan Pulau Pinang.. haiii.... gumbiranya rasa di hati.. walaupon penat. Sampai di Terminal Bas Sg Nibong,aku di ambil oleh kakak serta abang iparku.. Sebelum baalik rumah, kami singgah beli nasi kandar kat Restoran Kayu Nasi Kandar. Pagi-pagi pon orang tak putus-putus ke kedai nie... Sampai ja kat umah,aku membe

...Orang Jauh...

Image
Lepas outing ngan adek aku... malam tue aku p amek Kak Tinie yang baru sampai dari Melaka kat Hentian Lrt Titiwangsa sebab malas mau p Bukit Jalil.. Pastu lepak-epak kat umah dulu sementara nak tunggu Puteri Santubong dari Sabah landing kat Lcct.. Then Kak Ana datang selepas selesai segala urusan dia.. Sembang punya sembang, dapat mesej dari Puteri dari sabah tue,Kak Ari.. rupanya dia dah sampai rupanya. Kami pon bersiap-siap p amek dia kat Gombak.. Then kami terus g cari tempat makan... Kami singgah di Taman Bungaraya,Setapak tuk makan Char keteow Mali's... 4 Cahr Keteow kecil tuk 4 orang... Lepas setel ,kami p round-round kat Danau Kota yang tengah sebok-sebok nak tutup kedai... Penat berjalan, kami pon pulang.... Pagi Sabtu kami kluar bekpes di sekitar Kg Baru.. Nasi lemak bersama kangkung rebuh jadi pilihan.. lepas makan kami pulang ke rumah sebab kak ana nak terus balik kampung dan yang dua orang lagi nak p kenduri kat gombak.. Aku pulak kena kerja peang then lepas keja aku na

..OutiNg wIth Lil Brother..

Image
@klcc Jumaat merupakan penghulu segala hari.. Jam 7.00 pagi aku tamat waktu kerja. Aku bercuti hari nie selepas 2 hari kerja shif malam. Petang Sebelum tue aku mengajak adik Paan (Farhan) keluar dating.. ehhh... silap..keluar outing.. Dia bersetuju dan berjanji untuk berjumpa jam 2 petang.. Selepas pulang dari kerja,aku terus mandi, makan biskut cicah air milo sebelum meneruskan hajat yang satu nie..TIDO.. ! Tak lupa jugak ubat selsema bersama penadol aku telan.. jam aku kunci dengan harapan tidak terlajak tido..hehe.. "tit tit tit tit tit tit" jam henfon aku berbunyi.. aku masih bermalas-malasan di atas tilam empuk bercadar pink biru berbelang putih... Golek kiri kanan, aku pun bangun mandi dan terus siap-siap untuk keluar.. Solat dulu dan Sementara tue aku panaskan air di dapur. teringat biskut Digestiv sekerat bungkus yang maseh ada.. selesai make-up, aku bancuh air nescafe suam dan mencelup biskut digestiv dan makan sambil lepak atas kerusi biru depan tv. Jam dah menunj