Balik Penang lagie...
Assalammualaikum wbt dan selamat pagi...
Rabu malam lepas isyak kami berempat balik ke Penang menaiki kereta pakcik. Perjalanan sangat perlahan disebabkan hujan yang tak putus-putus. Dalam perjalanan kami berhenti 4 perhentian juga,ditambah dengan hujan yang kembali lebat dibeberapa kawasan. Sampai di hentian Sg Perak kami bertukar pemandu.Kali ni aku pula membawa kereta. Alhamdulillah hujan dah pun berhenti,jadibolehlah aku bawa mengikut kelajuan yang dibenarkan. Alhamdlilla kami sampai Penang dalam pukul 2.50 pagi.
Hari Khamis,bermula la operasi membuat apom polkdot dan biskut cornflake chocolate.. petangnya barulah kami ke rumah kendur yang terletak di Bertam Putra,Kepala Batas. Sampai-sampai ikan telah direbus seperiuk besar...Tau kan kalau dah rebus seperiuk komfem la nak buat LAKSA... wooo... kami pon sama-sama perisi ikan seperiuk tue.. Next tugas makcik pulak buat kuah laksa..
Comments