..MaHmuDah vs mazMumaH..
Aiseiman... sebenarnya aku tengah baca majalah yang aku pinjam dari member tempat keje aku nie... So apa yang aku baca? Jom aku kongsikan sesama eh..
.
.
(Ithar)
Makna : Mementingkan orang lain daripada diri sendiri.
Ithar digambarkan sebagai mengorbankan kepentingan diri sendiri untuk orang lain yang digambarkan dari segi bahasa. Begitu indahnya Islam dalam ertikata tanpa mengira warna kulit,bangsa,kabilah,dan sebagainya.
sebenarnya bukan mudah untuk ithar dalam sesuatu perkara. Tiada jua yang mustahil apabila iman meraja di hati.Malah ia jua lambang ukhwah yang sejati. Misalnya dalam sebarang situasi, solat terutamanya,utamakan diri sendiri terlebih dahulu..
.
.
.
.
.
(Ananiyyah) Maknanya : Mementingkan diri sendiri...
Merupakan sifat dan sikap kelakuan atau mementingkan diri serta merasa megah akan diri sendiri. Manusia merupakan makhluk yang saling memerlukan antara satu sama lain. Tiada siapa yang mampu hidup sendirian. Apa sahaja milik kita adalah pinjaman dan diberikan oleh Allah untuk berkongsi. Golongan kafir dikritik hebat kerana sikap mereka yang terlalu mementingkan diri sendiri. Matlamat di sisi mereka boleh menghalalkan cara asalkan apa yang digemari nafsu dapat dipenuhi. Itulah punca fasad di muka bumi.. semoga kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang terlalu mencintai diri sendiri hingga membawa kepada sifat mementingkan diri.
.
.
.
.
p/s : Lengkapkan diri dengan sifat mahmudah,jauhi sifat mazmumah....
Comments
Tq..:) saja nak kongsi..:)