..Sebening Jumaat...






Salam hari Jumaat....


Hari nie lepas keje malam... aku cepat-cepat balik rumah dan terus mandi..bukan apa.. semalam semasa bertugas,seorang pesakit telah pergi menemui Ilahi... Takziah dan Al-Fatihah buat Arwah makcik Mariah Majid dan keluarga. Beliau pergi dengan tenang semasa melakukan rawatan dialisis..Kami dah cuba menyelamatkan makcik sedaya upaya,tapi makcik pergi jua... Al-Fatihah..Semoga di tempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman..Kebetulan malam semalam adalah malam Jumaat.. semoga beliau tenang di sana..


Aku sempat lelap dalam sejam lebih.. Kemudian bangun dan bersiap-siap nak pegi buat pasport tuk 2 membe aku nie...selepas setel tue.. aku bersiap-siap ulak tuk balik kampung.. Last minit sebelum balik banyak pula kengkawan yang ajak jumpa... Maaf la yea. Saya dah plan nak balik kampung..:)

Sepanjang perjalanan dari Kl ke Penang redup jea.. hujan mula turun di pertengahan perjalanan.. Sejuk memang tak terkata la.. Mujur aku bertshirt lengan panjang..

So.. Sekarang nie dah kat Penang... sesampai jer terminal bus Sg, Nibong, aku di ambil oleh kakak dan abang ipar. Hujan mula rintik-rintik.. sempat jugak kami singgah membeli makanan di Pasar Malam.. Lamanya tak p pasar malam..:)


Comments

Popular posts from this blog

...MenCeriAkan diRi seHarian MelaKa..

k.a.w.a.n

..Lepakking at Old Town Bayan Baru...