Jodoh Atau Cinta
"Nah... amek novel nie..mintak novel yang hang bawak balik kampung tue."
kata Zura. salah seorang kawan serumah aku... aku memberinya novel 'Panggil Aku Najiha' karya Alaf21. Aku pun menyambut novel yang diberikan bertajuk "Jodoh Atau Cinta".. macam menarik ja sambil aku berkata dalam hati... sengaja aku tak baca sinopsis kat belakang buku tue... aku maseh berlengah-lengah walaupon aku memang nak sangat mula baca novel tue... lepas pulang dari kampung. aku mula mengemas sedikit demi sedikit barang-barang yang di bawa balik dari Penang. Jeruk aku agih-agihkan mengikut pesanan.
Petang itu aku mula membaca. Mukadimah saja bisa membuat aku teruja untuk cepat menghabiskan bacaan yang satu ini. helaian demi helaian aku selak.. makin lama, aku termakan jua dengan ayat-ayat nya yang amat menyentuh hati.. kisah ini tentang
seorang gadis yang bernama Tengku Iman Umairah yang terpaksa berkahwin atas dasar kehendar datuk angkatnya yang juga merupakan datuk kepada suami kontraknya Aiman Danish. perkahwinan ini merupakan tiket kepada iman untuk menyambung pelajarannya di luar negara. namun dia di benci oleh keluarga mertua yang mengatakan bahawa dia hanyalah seorang perempuan kampung yang tidak berharta. tetapi kebencian itu bertukar menjadi sayang apabila Iman bertanggungjawab menjaga keluarga mertuanya selepas kematian datuk serta abang iparnya. saat ini aiman hanya menyembunyikan diri dengan membuat pemantauan dari jauh. aiman mula hilang arah.. namun dia mula mengenali Iman dalam senyap.
kehidupan Iman selepas empat tahun bagai seorang gadis bujang benar-benar membuat dia resah.. namun dia tidak sekalipun terfikir akan perpisahan. walaupun mereka jauh..jiwa mereka bagai telah disatukan. halangan demi halangan telah mereka tempuhi.. akhirnya bagai menanti di penghujungnya :)...Selamat Membaca :)
Comments