Posts

Selamat Hari Lahir...

Assalammualaikum wbt... Selamat malAm..alhamdulillah masih bernafas di bumi yang indah ini.. 12 Mac merupakan hari yang paling indah buat diri ini. Selamat Hari Lahir buat saya FADHLINA AHMAD.. Selamat bertemu angka bersiri '3' Semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki serta permudahkan urusan yang telah dirancangkan.. Syukur sangat dapat hadiah yang tak ternilai dari insan tersayang. semoga ikatan yang terjalin sentiasa mekar dan diredhai Allah. Terima kasih juga buat keluarga serta sahabat yang telah memberi ucapan kepada saya. Terima kasih pada yang Maha Esa kerana mengurniakan insan-insan yang sudi menyayangi saya. semoga anda jua diberkati Allah.. ameen.. syukur alhamdulillah.. #baekbaeksayang

Pearl Hand Bouquet untuk Cik Ili

Image
Assalammualaikum wbt.. selamat malam.. Lamanya blog nie bersawang... sekarang nak cerita tentang tempahan bulan lepas.. bunga tangan dengan manik-manik serta reben untuk bakal penganti Cik Ili... alhamdulillah dia suka.. nie la bunga tangannya... jadi ada yang nak tempaah boleh contact saya..oke bye..

Sembilang Oh Sembilang

Image
Assalammualaikum wbt.. Ikan Sembilang? aih.. memang aku tak makan.. hirup kuah tue boleh la.. beberapa hari lepas En.Kpop teringin nak makan Gulai ikan sembilang..Adeh.. siap beli seekor lagi.. Acaner tue? Aku dah la tak berapa pandai masak..Jenuh la dok google resepi. Nak tanya mak pon sama ja jawapannya nanti. Jadi aku buat keputusan ikut ja resepi asal gulai ala utara dan tukar ikan ja jadi ikan sembilang.. Malam tue sempat la tanya mak acaner nak basuh ikan tue. Mak cakap basuh dengan asam jawa dan garam ja. Aku pon ikut la cakap mak.. Ikan yang En.Kpop beli aku terus masuk dalam peti sebab dah dikerat-kerat.Malas punya pasal aku tak basuh dulu.Teruk kan..Malamnya aku kerja,bergoogle la macamana nak masak ikan sembilang tue. Ada yang bagitau kena basuh ikan dengan beras yang di goreng,ada yang pakai limau dan pakai asam jawa ja untuk basuh dan hilangkan hanyir.. Semalam aku hari tido..Maka En.Kpop menanti aku masakan untuk dia ikan kegemarannya.. Dengan terkejutnya aku bangun...

Mood berbunga tangan sudah datang...

Assalammualaikum wbt.. Selamat Malam.. hari nie kerja double.. penat jugak la.. tapi dapat setel pesakit awal.. Dua hari dah mak mai KL. Dan malam nie aku nak belanja dorang makan sate... Yum Yum.. cedapnya.. Sure penat mak melayan cucu dia sorang tue.. Semalam ada sorang PM untul tempah hand bouquet. Dah beberapa bulan aku tinggalkan hobi aku yang satu nie.Maklum lah kan tengah ikut kursus.Tak dapat la nak buatkan tempahan untuk pelanggan saya. Maaf yea kawan-kawan.. Insyallah next year banyak lagi tempahan nak buat :D..Mood Dah MARI... yeayyyy...

Lamanya bersarang...

Image
Assalammualaikum wbt... Apa habaq semua..? sehat kot? semoga semua bergembira di hujung minggu... Dah lama tak keluarkan catatan-catatan kat blog nie.. Adeh.. RINDU sangat-sangat.. selama bebarapa bulan nie banyak perkara yang belaku yang tak dapat aku nak kongsi kat sini.. Maaf yea kawan-kawan.. Pelbagai perkara yang melibatkan diri,keluarga serta persekitaran aku.. Hanya dapat dilalui dengan sabar dan ketenangan dari Allah SWT. Alhamdulillah khusus yang aku ikuti selama 6 bulan telah tamat dan mendapat keputusan yang memuaskan.. Kami semua LULUS! Syukur Alhamdulillah... Dan konvo akan diadakan pada 30 November nie..Tapi aku tak dapat pergi kerana ada perkara yang tak dapat di elakkan.. Nie antara kawan-kawan group di KSKB Sg Buloh...TAHNIAH semua..

Rindunya....

Image
Hand Bouquet terbaru June/2013 untuk tempahan sila PM di FB saya TQ... Assalammualaikum wbt.... Selamat berhujung minggu... mudah-mudahan sentiasa berbahagia di samping orang tersayang. Perjalanan hari demi hari makin berat terasa.. Pembelajaran di ikuti dengan ujian yang satu persatu datang dan pergi. Alhamdulillah semuanya beransur baik dan berjaya diharungi.. Sesungguhnya kita adalah insan yang lemah,kekurangan. Hanya pada DIA yang satu tempat ku bermohon agar dipermudahkan.Benarlah ungkapan "hidup tak sentiasa indah" sebagaimana yang kita harapkan. Jika ini berlaku,kembalilah meneliti hidup ini,tingkatkan ibadah,sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat dan rahmat yang kita rasai.. Mudah-mudahan sentiasa tenang dan sabar mengharungi liku-liku hidup. Semoga anda semua jua bersemangat tak kira dalam apa jua rintangan. Semoga dipermudahkah Allah SWT.

13.3.2013

Image
Assalammualaikum wbt... Selamat Pagi.. Selamat hari lahir buat Akak wad saya.. Kak Marlina.. Semoga berbahagia,dimurahkan rezeki dan bertemu jodoh yang baik...       Alhamdlillah semalam besda saya,walaupun sibuk bekerja,daat juga buat celebrate birthday last minit.. Ahai.. bestnya.. Tq kak ina tolong beli kek untuk kita bertiga.. memandangkan birthday kami sederet, kena buat small celebration la.. Semoga kami semua teruskan baagia dan berjaya dan diberkati Allah...     Selamat Hari Lahir buat Kami