Posts

Showing posts from November, 2013

Sembilang Oh Sembilang

Image
Assalammualaikum wbt.. Ikan Sembilang? aih.. memang aku tak makan.. hirup kuah tue boleh la.. beberapa hari lepas En.Kpop teringin nak makan Gulai ikan sembilang..Adeh.. siap beli seekor lagi.. Acaner tue? Aku dah la tak berapa pandai masak..Jenuh la dok google resepi. Nak tanya mak pon sama ja jawapannya nanti. Jadi aku buat keputusan ikut ja resepi asal gulai ala utara dan tukar ikan ja jadi ikan sembilang.. Malam tue sempat la tanya mak acaner nak basuh ikan tue. Mak cakap basuh dengan asam jawa dan garam ja. Aku pon ikut la cakap mak.. Ikan yang En.Kpop beli aku terus masuk dalam peti sebab dah dikerat-kerat.Malas punya pasal aku tak basuh dulu.Teruk kan..Malamnya aku kerja,bergoogle la macamana nak masak ikan sembilang tue. Ada yang bagitau kena basuh ikan dengan beras yang di goreng,ada yang pakai limau dan pakai asam jawa ja untuk basuh dan hilangkan hanyir.. Semalam aku hari tido..Maka En.Kpop menanti aku masakan untuk dia ikan kegemarannya.. Dengan terkejutnya aku bangun

Mood berbunga tangan sudah datang...

Assalammualaikum wbt.. Selamat Malam.. hari nie kerja double.. penat jugak la.. tapi dapat setel pesakit awal.. Dua hari dah mak mai KL. Dan malam nie aku nak belanja dorang makan sate... Yum Yum.. cedapnya.. Sure penat mak melayan cucu dia sorang tue.. Semalam ada sorang PM untul tempah hand bouquet. Dah beberapa bulan aku tinggalkan hobi aku yang satu nie.Maklum lah kan tengah ikut kursus.Tak dapat la nak buatkan tempahan untuk pelanggan saya. Maaf yea kawan-kawan.. Insyallah next year banyak lagi tempahan nak buat :D..Mood Dah MARI... yeayyyy...

Lamanya bersarang...

Image
Assalammualaikum wbt... Apa habaq semua..? sehat kot? semoga semua bergembira di hujung minggu... Dah lama tak keluarkan catatan-catatan kat blog nie.. Adeh.. RINDU sangat-sangat.. selama bebarapa bulan nie banyak perkara yang belaku yang tak dapat aku nak kongsi kat sini.. Maaf yea kawan-kawan.. Pelbagai perkara yang melibatkan diri,keluarga serta persekitaran aku.. Hanya dapat dilalui dengan sabar dan ketenangan dari Allah SWT. Alhamdulillah khusus yang aku ikuti selama 6 bulan telah tamat dan mendapat keputusan yang memuaskan.. Kami semua LULUS! Syukur Alhamdulillah... Dan konvo akan diadakan pada 30 November nie..Tapi aku tak dapat pergi kerana ada perkara yang tak dapat di elakkan.. Nie antara kawan-kawan group di KSKB Sg Buloh...TAHNIAH semua..