Posts

Showing posts from January, 2012

..Info Tentang Kolestrol...

Image
Memahami kolestrol merbahaya dan kolestrol tidak merbahaya Assalammualaikum wbt dan Salm Sejahtera... Apa khabar anda?Pastinya anda tergolong dalam sebilangan bsar yang menjaga kesihatan dengan cara yang brbeza kan... Pastinya mendapat result yang TERBAIK... Hurm... beberap hari lepas saya terbaca satu result darah kawan sekerja..result yang lain amat baik tetapi yang satu itu la amat tinggi sekali kandungan kolestrol dalam badan...Di sini sy nak share sesuatu tentang memahami kolestrol yang di petik daripada nota Prof. Dr Azhar Mat Easa,Pakar Perunding Pemakanan... Beberapa bulan lalu, ada segelintir orang yang tidak bertanggungjawap yang sengaja menabur paku di atas jalanraya berdekatan jambatan dan di atas jambatan Pulau Pinang. Bayangkan 100 buah motosikal dengan tayar pancit di atas jambatan Pulau Pinang. Motosikal yang diparkir di tepi jalan ini tidak begitu mengganggu lalulintas. Tetapi, bayangkan pula 100 buah bas dengan tayar pancit di atas jambatan. Jambatan tentu menjadi ses

..Diabetis sebabkan mati mengejut..

Image
KEMATIAN mengejut wartawan penyiaran NBC News, Tim Russert, 58, dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, 59, pada tahun 2008 memeranjatkan ramai orang. Tidak terkecuali Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharom, 50, dan penyanyi kumpulan nasyid Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, pada tahun 2009. Kesemua mereka meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung. Biarpun begitu, petanda awal kepada serangan jantung itu sudah diduga kerana masing-masing merupakan penghidap diabetes. Perkara tersebut diakui oleh Ketua Endikronologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. Nor Azmi Kamaruddin. Jelas Nor Azmi, selain daripada kesan fizikal seperti gangren iaitu anggota tubuh mati atau membusuk akibat diabetes, penyakit itu juga menjadi pencetus kepada pelbagai penyakit kronik yang lain. “Ramai orang yang hanya mengaitkan diabetes dengan kesan buruk yang berakhir dengan kaki pesakit terpaksa dipotong. Namun, hakikatnya ia boleh menyumbang kepada masalah kesi

Selamat Tahun Baru 2012

Assalammualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia... Sehat ka semua? hurm... rindu lama tak menaip kat sini.. bukan apa masa tak bergitu mengizinkan.. Semoga anda berada dalam keadaan baik pada tahun baru ini. Tak terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 . Moga tahun ini mewarnai kehidupan anda dengan warna-warni yang membahagiakan... Insyallah moga dipelihara kesihatan,rezeki serta kenangan yang indah bakal menemui anda sepanjang tahun 2012.. Bagi yang telah merancang menamatkan zaman bujang, Alhamdulillah semoga kalian dapat menikmati kebahagiaan hidup bersama keluarga yang besar.. Insyallah peliharalah rumahtangga anda dari semua aspek yang dituntut... Bagi sahabat yang masih menanti cahayamata atau zuariat,harap terus berusaha hingga berjaya.. jangan berputus asa,lakukan pemeriksaan ditempat yang betul dan mendapat nasihat pakar.. Moga tahun ini terus dilalui dengan harmoni bersama keluarga sahabat serta oarang sekeliling yang lebih positif.. jom layan lagu nie... Karena Cin