Posts

Selamat Kembali..

Assalammualaikum wbt. Selamat pagi. Apa khabar semuanya..Alhamdulillah saya sihat di samping keluarga tersayang. Setelah beberapa tahun lalu,saya sudah berkahwin dengan En.Kpop saya. Alhamdulillah dikurniakan seorang cahayamata. Syukur.. Perjalanan berumah tangga dapat diteruskan dengan jayanya. Salam kembali.. Selamat pagi..

Majlis Perkahwinan Adikku

Image
Assalammualaikum.. Selamat Pagi semua..sarapan apa ye? Hari nie nak cerita sikit pasal Majlis Perkahwinan adik kesayanganku.. Tahniah buat keluarga kami dapat orang baru dalam keluarga.Alhamdulillah..Majlis perkahwinan diadakan dirumah kami di Sungai Ara. Majlis serba ringkas berjalan lancar..Door gift di sediakan beberapa hari lepas. Banyak sebab jemputan banyak.Semuanya berjalan lancar dan dirahmati dengan hujan di petang hari.elok ja pengantin sampai,terus hujan..Semoga dirahmati Allah.. Jom tengok gambar-gambar kenduri adik saya..

Lamanya tak pergi bercuti dengan geng sekolah...

Image
Assalammualaikum wbt... Selamat petang..alhamdulillah sekarang dah boleh wassap dengan geng satu sekolah dulu..gembiranya.. hari-hari macam-macam cerita depa.. salah satunya pasal bercuti la.. rancang la banyak kali pon,kadang-kadang ja menjadi. Apa boleh buat..bukan semua ada masa dan cuti pada masa yang kita kehendaki.. baru-baru nie geng 5p1 telah pergi bercuti ke Singapore.. Bestnya depa.. Lepas nie rancang nak p Port Dikson pulak.. tapi tak tau la bila.. aku macam biasa la keja time orang cuti,cuti time orang keja.. okeh.. rindunya nak pergi bercuti.. :) korang macam mana?

Selamat Hari Lahir...

Assalammualaikum wbt... Selamat malAm..alhamdulillah masih bernafas di bumi yang indah ini.. 12 Mac merupakan hari yang paling indah buat diri ini. Selamat Hari Lahir buat saya FADHLINA AHMAD.. Selamat bertemu angka bersiri '3' Semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki serta permudahkan urusan yang telah dirancangkan.. Syukur sangat dapat hadiah yang tak ternilai dari insan tersayang. semoga ikatan yang terjalin sentiasa mekar dan diredhai Allah. Terima kasih juga buat keluarga serta sahabat yang telah memberi ucapan kepada saya. Terima kasih pada yang Maha Esa kerana mengurniakan insan-insan yang sudi menyayangi saya. semoga anda jua diberkati Allah.. ameen.. syukur alhamdulillah.. #baekbaeksayang

Pearl Hand Bouquet untuk Cik Ili

Image
Assalammualaikum wbt.. selamat malam.. Lamanya blog nie bersawang... sekarang nak cerita tentang tempahan bulan lepas.. bunga tangan dengan manik-manik serta reben untuk bakal penganti Cik Ili... alhamdulillah dia suka.. nie la bunga tangannya... jadi ada yang nak tempaah boleh contact saya..oke bye.. <3 p="">

Sembilang Oh Sembilang

Image
Assalammualaikum wbt.. Ikan Sembilang? aih.. memang aku tak makan.. hirup kuah tue boleh la.. beberapa hari lepas En.Kpop teringin nak makan Gulai ikan sembilang..Adeh.. siap beli seekor lagi.. Acaner tue? Aku dah la tak berapa pandai masak..Jenuh la dok google resepi. Nak tanya mak pon sama ja jawapannya nanti. Jadi aku buat keputusan ikut ja resepi asal gulai ala utara dan tukar ikan ja jadi ikan sembilang.. Malam tue sempat la tanya mak acaner nak basuh ikan tue. Mak cakap basuh dengan asam jawa dan garam ja. Aku pon ikut la cakap mak.. Ikan yang En.Kpop beli aku terus masuk dalam peti sebab dah dikerat-kerat.Malas punya pasal aku tak basuh dulu.Teruk kan..Malamnya aku kerja,bergoogle la macamana nak masak ikan sembilang tue. Ada yang bagitau kena basuh ikan dengan beras yang di goreng,ada yang pakai limau dan pakai asam jawa ja untuk basuh dan hilangkan hanyir.. Semalam aku hari tido..Maka En.Kpop menanti aku masakan untuk dia ikan kegemarannya.. Dengan terkejutnya aku bangun

Mood berbunga tangan sudah datang...

Assalammualaikum wbt.. Selamat Malam.. hari nie kerja double.. penat jugak la.. tapi dapat setel pesakit awal.. Dua hari dah mak mai KL. Dan malam nie aku nak belanja dorang makan sate... Yum Yum.. cedapnya.. Sure penat mak melayan cucu dia sorang tue.. Semalam ada sorang PM untul tempah hand bouquet. Dah beberapa bulan aku tinggalkan hobi aku yang satu nie.Maklum lah kan tengah ikut kursus.Tak dapat la nak buatkan tempahan untuk pelanggan saya. Maaf yea kawan-kawan.. Insyallah next year banyak lagi tempahan nak buat :D..Mood Dah MARI... yeayyyy...